BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Tuesday, December 15, 2009

Analogi Cinta = Madu Dalam Kaca

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Bicara CINTA..

Orang kata cinta itu PENGORBANAN..
Orang kata cinta itu KASIH DAN SAYANG..
Orang kata cinta itu BUNGA KEBAHAGIAAN..
Orang kata cinta itu PEMULA KEHIDUPAN..
Orang kata cinta itu BUTA..
Orang kata cinta itu TIDAK MENGENAL USIA..
Orang kata cinta itu TIDAK MENGUKUR RUPA..
Orang kata cinta itu KEKAL SELAMANYA..

 Rasanya berCINTA..

Cinta itu rasanya MANIS..
Cinta itu rasanya INDAH..
Cinta itu rasanya MAHABBAH..
Cinta itu rasanya MENENANGKAN..
Cinta itu rasanya PAHIT..
Cinta itu rasanya PEDIH..
Cinta itu rasanya MENYAKITKAN..

Bicara cinta dan rasanya bercinta.. Selok beloknya hampir sama di bibir manusia.. Kisah romantisnya menjadi hidangan untuk berbicara.. Tak sedikit banyak pula.. Ada yang terus mengecapi bahagia.. Ada yang kecundang akhirnya..

Untuk semua sahabat diluar sana yang kini sungguh enak bermain cinta.. CINTA itu satu NIKMAT dan RAHMAT pemberian daripada Allah Yang Maha Esa.. Pernahkah kalian terfikir.. Apa benar AKU SUDAH LAYAK BERCINTA?


Ingatlah sahabat.. CINTA bukan bahan mainan.. Memilih jalan untuk bercinta memerlukan satu tanggungjawab besar.. Kerana cinta itu analoginya umpama MADU DALAM KACA..




Madu itu adalah nikmatnya bercinta.. Khasiatnya dan manisnya sangat bermanfaat.. Namun ia perlu dipegang teguh dan utuh.. Kerana kaca itu sifatnya mudah pecah dan mudah retak.. Jika kaca itu retak.. Madu itu mungkin akan mengalir keluar.. Sedikit-sebanyak baunya akan menarik perhatian semut dan lebah.. Jika pecah apatah lagi.. Semut dan lebah itu serangga berbisa.. Serangga perosak yang mendatangkan masalah.. Yang boleh mendatangkan mudarat yang besar kepada diri..




Begitulah sinonimnya CINTA sebagai MADU DALAM KACA.. Namun sahabat.. Renungkan, saat kita asyik dalam kecintaan insani.. Ingatlah KECINTAAN kepada ILAHI itu lebih tinggi darjatnya.. Lebih besar barakahnya.. Kerana itulah CINTA DI ATAS CINTA yang lain..




 Perlu diingat, cinta sejati itu perlu dihiasi dengan perkara-perkara yang suci.. Jika dihiasi dengan perkara-perkara yang melanggar batasan syarak dan agama.. Nescaya keindahan madu yang keemasan dalam kaca yang suci tadi hilang serinya kerana dilitupi hiasan dan keindahan gelap perlakuan sumbang yang berpunca dari syaitan dan nafsu.. Oleh itu sentiasalah litupi cinta itu dengan hiasan sifat mahmudah yang suci, keimanan yang bersih, akhlak yang murni dan sentiasalah gilap ia dengan lafaz kesyukuran kehadrat ILAHI.. Supaya kelak manisnya cinta itu dapat dilihat oleh semua orang..

Insyaallah..

Monday, October 19, 2009

Apa yang aku dah buat ni.........

Hari berganti hari...
Bulan berganti bulan....
Namun aku kesal dengan diri sendiri..

Hidupku sebagai khalifah Allah di muka bumi kurasakan sepi. Kurasa tidak bermakna. Setiap langkahku, atur nafasku, sentuhan jari jemariku... KOSONG! Sepatutnya aku telah lama bangkit dari tidurku yang lama dahulu. Aku telah diberikan Hidayah. Peluang ku telah ada didepan mata. Namun aku alpa. Tenggelam dalam lautan nafsu yang bergelora. Aku lemas seketika.. Dalam satu jangka masa yang lama..

Dulu aku telah tinggalkan dunia cinta dunia.. Aku cuba mendekati Kasih dan Cinta ilahi sedekat-dekat yang ku mampu.. Tapi.. Kenapa aku sering kalah dengan nafsuku sendiri.. Gerbang gelora nafsu yang terbuka luas itu aku masuki tanpa ada iman pun yang menemani ku.. Kini aku dalam dunia yang fana.. Aku ingin kembali padamu Ya Allah.. Kukuhkanlah Hati dan Imanku semula Ya Allah.. Janganlah Kau bolak-balikkan Hati ini Ya Allah..

Umurku hampir menjangkaui dunia remaja ku.. Aku sewajarnya bertambah matang mendalami dan menjalani arus zaman yang semakin penuh dengan hiburan dan permainan duniawi yang melalaikan ini.. Hari Akhirat yang mendatang takkan menjanjikan kesenangan disebalik kegembiraan hiburan dunia yang fana ini..

Kini aku mengerti.. Langkahku tak mungkin boleh berjalan sendiri..... Allah dan Rasul menjadi kasih ku.. Al-Quran dan As-Sunnah panduan hidupku.. Semoga ku temui jalan pulang.. Insyaallah..

Amin YA Rabbal Alamin..

Tuesday, August 25, 2009

Malu : Surat Hawa Untuk Adam

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Di sini ingin saya nak kongsikan satu coretan dan luahan daripada seorang hamba Allah daripada golongan Hawa. Saya terbaca coretan ini dalam satu laman web islamik. Cukup menarik dan menyedarkan betapa kaum Hawa ini memerlukan kaum Adam. Coretan ini turut membangkitkan satu rasa malu dan satu bentuk muhasabah yang tinggi untuk kaum Adam. Renung-renungkanlah wahai sahabat kaum Adam seperjuanganku, betapa kita telah melepaskan tanggungjawab dan peranan kita dalam hidup mereka. Marilah sama-sama kita baca dan ikhtibar diri. Wallahualam.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu...

Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari
tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,

Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,

Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.


Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?


Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,

Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,

Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,

Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,

Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku
kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,

Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.

Wallahualam.

P/S : Wahai sahabat dan sahabiah, melalui dua surat ini kita boleh lihat isi hati dua kaum yang berbeza tapi saling memerlukan. Namun harus di ingat! Bantulah antara satu sama lain dengan jalan dan cara yang betul. Wallahualam..

Saturday, August 15, 2009

SEDIH : Surat Adam Untuk Hawa

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….
Dalam coretan Diari Emosi kali ini, yang pertama-tamanya Saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kepada semua pembaca sekiranya perkongsian saya dalam coretan kali ini mengguris atau menyebabkan anda kurang senang. tapi, diharapkan anda semua berlapang dada dan mencari kesilapan diri. Wallahualam. Coretan ini berupa satu nukilan berbentuk surat daripada luahan hati seorang insan kaum Adam untuk insan Kaum Hawa. Insyaallah coretan ini akan dapat membuka minda muslimin. Kepada sahabat kaum Hawa jangan ambil hati dan menganngap saya berat sebelah kerana saya akan 'post'kan lagi satu coretan berbentuk surat juga daripada kaum Hawa untuk kaum Adam. Mari kita sama-sama ambil ikhtibar. Wallahualam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Ku coretkan bicara buatmu Hawa…..semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan dihatimu saat ini.


Hawa….

Kesedihan menyelubungi hati ini….Ke mana hilangnya sopan-santun dan rasa hormatmu terhadapku? Kalau dulu, untuk mengungkapkan sebaris kata di hadapanku sekalipun, kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata-kata yang sebaiknya dan teratur yang mungkin. Namun hari ini, suatu kebiasaan jika apa yang ku perhatikan malumu kian lenyap! Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan silu….. Malu itu selayaknya kau punyai, tetapi apa yang terjadi kini?


Hawa….

Apa yang amat membimbangkan aku, keadaan ini bisa menjadikan kita makin hampir dan mengetepikan tuntutan atau perintah Allah. Pergaulan yang ku kira begitu tidak wajar antara muslimin dan muslimat meletakkan aku dalam kekalutan perasaan, terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi…..


Hawa…..

Mengapa tidak kau semaikan rasa malu itu di dalam hatimu? Mengapa Hawa yang ku kenali kini, tidak lagi selembut dulu. Tutur kata yang petah, alunan suara yang lantang, mengheret ku dalam kesedihan berpanjangan…Kau bisa ku samakan dengan teman-temanku yang lain, dan….jika keadaan begini berterusan, suatu hari nanti, Hawa menguasai dunia dan Adam adalah penyerinya sahaja. Dulu.. ku sanjung tinggi peradabanmu Hawa, kiranya dibanding dengan kaummu di luar sana. Tapi kini, kepercayaanku kian luntur tatkala ku lihat batas-batasmu kian runtuh dan sedarlah Hawa, dirimu adalah wanita yang menyimpan setinggi-tinggi maruah. Lantaran itu….usah terlalu ghairah denganku kaum Adam, dan kita punyai benteng yang teguh…jangan diroboh….


Hawa…..

Fahamilah… ku tak ingin kau terlalu menonjol diri, kerana bagi ku Hawa adalah sebutir mutiara yang terlalu mahal harganya. Bayangkanlah Hawa, andainya pergaulan di luar tuntutan ini melahirkan generasi yang jauh terpesong dari keredhaan Nya. Terus terang ku katakan duhai Hawa… bukan keramahanmu yang kupinta, bukan pula sapaanmu yang menggembirakan diriku….tetapi mengertilah hawa, ku mahu kau memelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau persendakan….


Hawa….

Jika kita tersua tundukkanlah pandanganmu, perlahankanlah suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan diri meskipun naluri kita yang sebenarnya memerlukan. Ingatlah Hawa… batas-batas pergaulan antara kita, itu yang harus dijaga…. Peliharalah tingkah lakumu di mana-mana sahaja. Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah. Tapi dengarlah hawa, aku mahu kau sedar! Sedar yang dirimu bisa terhumban di persada kehancuran sekiranya kau masih mengamalkan cara hidup dan pergaulan yang bebas kala ini… Kaum ku Adam tidak mahu membiarkan dunia ini dimamah laknat Tuhan lantaran dosa yang kita titipkan…..

Untukmu saudaraku…..

P/S: Ikuti satu lagi coretan daripada saya yang bertajuk Surat Hawa Untuk Adam..

Wednesday, August 12, 2009

TAKUT : Lama Lagikah....

Lama Lagikah..
Dapat Ku Berbakti Sebagai Hamba MU,

Dapat Ku Teguhkan Aqidah Ku,

Dapat Ku Penuhi Tauhid Kepada MU

Agar Ku Temui Jalan Kebenaran Dalam Keredhaan MU...


Lama Lagikah..

Dapatku Membibit Kan Rasa Kasih Pada Rasulku,

Dapatku Bawa Segala Ajaran Sunnah Rasulku,

Dapatku Mengenali Segala Sirah Hidup Mu

Agar Dapat Ku Buktikan Rasa Kasih Dan Cintaku Pada Mu...


Lama Lagikah..

Dapatku Berbakti Pada Ibu,

Dapat Berbakti Pada Ayahku,

Dapat Membimbing Adik-adikku,

Dapatku Tersenyum Bersama Sahabat-sahabatku.

Lama Lagikah..

Dapat Ku Menagis Tersedu Menginsafi Kesilapanku,

Dapat Ku Perbaiki Segala Kekhilafan Yang Telah Lalu,

Dapat Ku Pertingkatkan Kualiti Amalku,

Agar Langkah Ku Bermutu Di Bumi Ciptaan MU..

Lama Lagikah..

Sentiasa Timbul Dalam Benakku..

Sentiasa Menjadi Persoalan Tingkahku,

Sentiasa Menjadi Ketakutan Dalam Diriku,

Kerana Ku Tahu Hidupku Bukan Milikku..

Nukilan ini ku tulis kerana dahulu aku sangat jauh daripada NYA. Hidupku bergelumang dosa. Langkah kakiku, butir bicaraku, detik hati ku dan setiap kilas pandanganku terlalu mudah ditipu syaitan. Namun, hidayah milik Allah S.W.T. Kini aku terlalu mendambakannya. Aku sangat berharap setiap kekhilafanku yang berlalu dapat di ampunkan. Takutkan neraka Allah. Aku perlu berubah. Cintakan syurga Allah. Ak harus tingkatkan ibadah. Dan sebaik-baiknya cintaku harus penuh hanya kepada pemilik segala kebesaran. ALLAH ‘AZZA WA JALLA. Kini jalannya telah tersedia. Berkat kesabaran dan keteguhan sahabat-sahabat mengingatkanku. Aku temui jalan kebenaran. Jalan yang dapat membantuku. Insyaallah. Tapi aku khuatir lama lagikah masaku. Lama lagikah nikmat pemberian Allah dapatku gunakan. Lama lagikah hembusan nafasku. Ya Allah. Terimalah Taubatku. Ampunkanlah Aku. Kerana Ku Tahu Hidupku Bukan Milikku...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...