BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Saturday, January 16, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wa rahmah wa barakah..

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah, tuhan yang memiliki segala kepujian dan kebesaran..
Sungguh, Subhanallah.. Ketika Cinta Bertasbih merupakan lantunan kisah hidup hamba Allah di muka bumi yang sementara ini..

Pertama kali membaca penulisan novel daripada seorang guru saya kira, Habiburahman, saya cukup tertarik dengan penyusunan cerita beliau.. Bermula dari Ayat-ayat cinta sehingga menemukan novel Ketika Cinta Bertasbih.. Tidak saya nafikan kehebatan penulisan beliau..

Alhamdulillah, saya pun baru sahaja selesai menikmati adaptasi lakonan daripada novel ini..

Sebuah cerita yang cukup menyedarkan setiap insan apakah itu cinta?

Bagi yang menonton Ketika Cinta Bertasbih, janganlah hanya diambil pengajaran berdasarkan kecintaan ke alam perkahwinan..

Namun, lihatlah juga bagaimana kecintaan seorang hamba Allah pada Penciptanya.. Yang redha dengan segala ujian yang diberikan.. Tidak pernah kenal erti berputus asa dan sentiasa percaya bahawa Allah sentiasa bersama disamping kita..

Tambahan lagi, lihatlah juga bagaimana kecintaan seorang abang kepada adik-adiknya dan juga kecintaan adik kepada abangnya.. Kecintaan seorang anak pada ibu dan bapanya.. Kecintaan ibu dan bapa kepada anak-anaknya.. Kecintaan kepada masyarakat dan kecintaan kepada ilmu agama..

Subhanalllah.. Terlalu banyak yang kita boleh pelajari melalui cerita ini..

Selamat Menonton KETIKA CINTA BERTASBIH 1 & 2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...