BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Monday, December 06, 2010

1432 HIJRAH : HAPPY NEW YEAR!!


 

Islam itu kan indah. gaya hidup yang sangat tenang. menyambut tahun baru pun tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. tak perlu bunga api yang meletup di sana sini. tak perlu pakaian yang baru. tak perlu beli makanan banyak-banyak. tak perlu memenatkan badan berkumpul di dataran sehinggan jam 12 pagi. tak perlu korbankan suara untuk melaungkan 'HAPPY NEW YEAR!' dan tak perlu macam-macam perkara yang mengundang dosa.

Islam itu indah dengan caranya tersndiri. malah boleh diterima pakai semua orang. Islam mengajar tahun baru dalam Islam disambut dengan membaca doa akhir tahun sesudah asar 3 kali:

DOA AKHIR TAHUN

maksudnya: 
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

kemudian disambung dengan membaca doa awal tahun selepas maghrib 3 kali:

DOA AWAL TAHUN


maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

seterusnya dalam sepanjang bulan Muharram ini juga terdapat beberapa amalan sunat yang diajar dalam Islam. antaranya ialah:

1 – 10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram

 1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram, Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.    Menziarahi rumah orang alim.

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.   Menziarahi kaum keluarga

11.   Mengerat kuku

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali


beginilah indahnya Islam. agama yang mudah dan tidak menyusahkan. jika anda orang Islam. buatlah seperti yang disuruh dalam Islam. selamat beramal.


P/S: Apapun, amalan dalam hidup perlu berterusan kerana Allah sayang pada ISTIQAMAH.

Sunday, December 05, 2010

Analogi Buluh Dulu VS Kini...

"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"







peribahasa orang lama ini banyak membawa makna dalam kehidupan. 
peribahasa in diguna pakai untuk menasihati anak-anak kecil agar menjadi orang yang baik.
peribahasa ini digunakan untuk mengingatkan orang ramai bahawa anak-anak perlu dididik dengan baik semenjak kecil.
peribahasa in membawa satu maksud yang sangat meendalam.

analogi buluh sebagai manusia ini cukup bermakna.
bayangkan rupa rebung yang putih seperti anak yang masih belum ada cacat celanya.
lembutnya mudah dilenturkan.
ke kiri dibentuk ke kiri lah ia tumbuh.
ke kanan ia dibentuk ke kananlah ia membesar.

"NAMUN REBUNG KINI SUDAH MENJADI BULUH"




permasalahan bermula di sini.
rebung sudah menjadi buluh.
miangnya berbisa.
jika masih cuba dilenturkan ia melawan.
cuba memberontak.
lalu yang bahayanya kepada kita.
jadi apakah buluh keras ini harus dibiarkan begitu sahaja?
lalu analoginya berubah.
tidak boleh lagi dilentur.
tapi harus diukir.

"UKIRLAH BULUH AGAR IA BERGUNA PADA SEMUA DENGAN CARANYA TERSENDIRI"


kini anak kecil sudah menjadi dewasa.
sifatnya jelas.
sukar diubah.
persis untuk ditegah.
lalu apa lagi cara yang sesuai?
dekati lah mereka dengan cara yang pelbagai.
ukir hati mereka mengunakan ilmu yang memberi impak.
jika kekerasan diperlukan.
keraslah digunakan.
jika kelembutan lebih berkesan.
lembutlah yang jadi pilihan.
jangan dibiarkan mereka terus menjadi buluh keras yang tidak menyumbang.
jangan biarkan mereka dikatakan menyemakkan pandangan.
tapi jadikan mereka satu aset yang berguna.
hadirnya menjadi halwa mata.

"KERANA BULUH-BULUH INI LAH YANG AKAN TERUS MENERUS MELAHIRKAN REBUNG BARU"

Tuesday, June 15, 2010

SAMBUNGAN DIARI LATIHAN INDUSTRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lama dah tak mengupdate diari ini kerana kesibukan dan tekanan yang datang bila-bila masa...
So untuk update diari ni aku buat secara pukal terus lah... Dari 20/5/2010 sampai lah hari ni 15/6/2010...
Aku masuk kan yang aku rase bes je la k..

Schizopreniac Brain..

Secara tertekannya... Bila ader kerja banyak dan terkejar-kejar... Kalu takder kerja tertekan jugak sebab tengok orang bekerja.. Aduhai... Kadang-kadang tak tahu nak buat camner lagi... Dua orang lagi member aku kat lab lain tak payah cakap la tensennyer macam maner... Sebab setiap kali balik semua muka 'semut' (sebab sekarang kan gula tengah kena catu)... Nak masak kadang-kadang sampai lepas isyak baru mula masak... Makan kul 12... Pastu terus tidur...

Mengapa saya suka jadi saintis???

Dulu maser kecik-kecik ayah suruh gak jadi doktor.. Tapi bila insiden 'takut darah' terjadi.. Terus tertutup hati ni nak jadi dktor... So pilihla jadi saintis... Insyaallah.. dapat gak title DR nnt.. Amin... Tapi bila masuk U.. Blajar punya belajar... Sampai tak tau aper sebenarnyer kerja sebagai saintis ni... So... Sehinggalah hari tu berjumpa dengan DR. Nordin... Dia berkongsilah pengalaman camner kerja saintis ni... Dia cakap kita akan buat kajian bergantung pada bidang kita.. Paling bes kita bleh buat stepwise untuk sesuatu production dan boleh generate duit dari situ... Bertambah bes lagi kalau lah stepwise tu ader lima... Kita tukar je step nombor 3 yang lebih efektif atau kita cadangkan mesin atau teknik yang lebih baik... Stepwise tu dah jadi milik kita.. Hehehe... Then kalau kita dapat projek besar... Kehidupan keluar masuk keluar negara dah macam nak pegi makan kat luar... Selalu... So dari situ macam ader nampak kecerahan sedikit masa depan... By the way kena lah struggle kalau nak capai cita-cita...

Tahukah anda???

Pernah tak terpikir dalam minda kenapa kondom diperbuat dari getah??? Sarung tangan masa dalam bilik pembedahan dibuat dari getah??? Sarung tangan DR gigi pun dari getah??
Haa.. Sebenarnya dalam getah ada sejenis chemical yang dipanggil sebagai L-Quebrachitol... Selain dari tu ader lagi beberapa enzyme yang turut membantu dalam kandungan getah untuk mencegah kuman-kuman HIV n Kanser... So, ramai saintis yang masih mengkaji adakah L-Q mampu mengubati kanser n HIV... Apepun projek yang aku buat kat sini adelah meng extract L-Q daripada bahan bi-product latex yang dipanggil serum.. Pergh.. Bekerja dengan projek yang menarik ini membuat kan hati aku berbunga-bunga untuk mengetahui apakah hasil kajian ni... Ader gak la cita-cita untuk turut sama dalam projek ni sehingga habis... Tapi kajian berkaitan L-Q sebagai ubat tu dibuat di YOKOHAMA, Jepun... Huhuuhu...

Ammonia dah sebati...

Pergh! Akhirnya dapat gak pergi kekilang memproses getah dekat TANGKAH n BATU ANAM... Maser dekat batu anam... Aku terpaksa menyedut ammonia sebanyak yang mampu... Hehehe... takderlah... Treatment yang dibuat untuk getah cair menggunakan ammonia betul-betul menyengitkan hidung... Sebagai seorang yang 'tahu' bahaya ammonia aku macam jadi orang yang tak tahan bau busuk... Sebenarnya bukan aku tak tahan bau susu getah tapi tak tahan bau ammonia... Berair hidung dibuatnyer...

Ku ingatkan daging babi... (huhuhuhu)

Nilah kali pertama aku rasakan nak muntah je sebolehnya... Maser lawatan ke industri... Aku pegi dengan Head Of Lab ngan sorang staf... Both Hindu... So nak jadikan cerita maser makan tengah hari aku pegilah makan ngan diorang dekat satu kedai kari... Aku yang tengah kelaparan terus ambik nasik dan cedok lah kari daging kat situ.... Makan punyer makan.... dah nak abis baru lah terlintas kat kepala orang india seingat aku tak makan daging lembu... Mulalah ligat kepala otak aku meneka daging apakah ini... Aku dah start risau kalau aku dah termakan daging binatang pink itu... Huhuhuuhu... Perut aku maser tu kater aku nak muntah.... Nak muntah... Tapi aku kuatkan semangat... Tanyalah daging aper... Alhamdulillah... Selamat dunia akhirat... Rupanya tu daging kambing... Hehehe... Camnelah boleh tak terpikir tu daging kambing.... Hai... Aku kenyang makan free hari tu... Hehehe...

Bilakah lagi???

Baru-baru ni abang sepupu aku nikah... Tahniah buat Bangah Adam kerana telah menunaikan separuh daripada agama Islam...
Nak jadik cerita masa tu aku duduk-duduk berborak dengan nenek, atuk, paklong ngan paksu aku... Tiba-tiba atuk cakap:
' Along, tinggal setahun je lagikan belajar? Esok dah abis belajar terus kawen yo..'
Pergh! Macam nak gugur jantung... Awal sangat... Huhu... Baru je nak kenal penat kerja... Hehehe..
Hai... Satu lagi tanggungjawab bertambah... Kawen awal?? Belum bersedia lagi rasenyer baik duit mahupun disiplin... Lagi satu lum puas lagi hidup bujang... Asyik belajar jer... Apapun sebelah family ayah aku, aku orang ke ke lapan tua yang belum kawen... Kira top ten dah tu... Sebelah ibu pulak... Aku lah yang paling tua belum kawen... Huhuhu...

6 Bas turun naik...

Dari rumah nak ke tempat LI ni re tu aku naiklah bas... Dahla dah lamer tak naik bas asyik merempit je sebab dah ader motor.. Kekok jugaklah... Tapi memang penat...

Mula dari palong amik bas ke bahau amik bas keseremban amik bas ke Nilai amik bas ke Airport City amik bas kebanting pastu amik teksi ke Pantai kelanang... Naseb baek la tak mabuk bas... Balik-balik terus berdengkur..


The End..

Monday, May 31, 2010

DREAM


Huhuhuhuhuhuhu....
3 hari duduk sorang-sorang dalam rumah besar sangat membosankan...
Memang takder aper2 nak buat dah...
Bangun tidur menghadap dota jer...
Sampai lah malam tidur balik...
Nak masak pun takder mood...
Makan nasik goreng jer...
Tapi dalam maser-maser ni lah tangan aku mengatal g bukak citer korea...
Dah termasyuk plak...
Dalam 3 hari nila aku 'terkhatam' citer ni... 'ter'... Tak sengaja...
By the way citer ni bleh tahan gak lah...
Sangat banyak pengajaran dan mengajar erti jangan putus asa...
So far tak taw la naper citer korea ni bleh wat orang tertanyer-tanyer...
Banyak ciri-ciri yang diselitkan dalam cerita ni...
N isi dia pun padat...
Tak banyak cintan-cintun...
Papepun Dunia perniagaan banyak skill yang menarik....



:END:

Thursday, May 20, 2010

SEE U D IPT...

-SEE U DI IPT-

Santun pekerti mu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekati mu…

Sepucuk suratku tulis
Menyatakkan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan…
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riang nya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Kuterima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan
Warkah mu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis
See U di IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Kuterima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan
Warkah mu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis
See U di IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkah mu menjadi kenangan

Betapa syukur di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Erti kejayaan di gengaman

Andai kau kembali kutemui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerana diriku masih mengingati
Kau selalu tulis
See U di IPT

Dimanakah Kita???


Aku duduk dihadapan komputer ribaku. Sedang berusaha menyiapkan assingment yang perlu disiapkan. Argh!!! Kebosanan. Tanganku pantas memetik tetikus untuk melihat gambar-gambar yang ada dalam simpananku. Mata ku tertarik pada folder yang aku simpan dengan nama "Mesti Hayati".. Owh, rupanya artikel-artikel yang aku download dari internet.. Satu tajuk artikel yang menarik membuatkan aku ingin membacanya.. MANUSIA.. Artikel ini kudapat dari seorang sahabat beberapa hari yang lepas.. Wajar untuk dikongsi bersama.. Marilah kita sama-sama menilai DI MANAKAH KITA?...

Manusia - Azan sudah kedengaran.......
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila......(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglh dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang.. Takder sape tahu.. Jomlahh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan artikel ini hanya untuk aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (COPY DAN LETAK DALAM BLOG ANDA)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Tuesday, May 18, 2010

DIARI LATIHAN INDUSTRI...


25/4/2010-Ahad: First Impression…… 

Kitorang sampai kat Sime Darby R&D Centre Banting pukul 11 pagi. Bertolak daripada rumah Shahrul awal pagi daripada Muar ke Selangor menaiki kereta ayah Shahrul. Sekalung penghargaan buat Shahrul sekeluarga kerana membantu kitorang untuk ke tempat LI ni.

Tiba jam 11 pagi tapi kitorang dapat masuk jam 9.30 malam di tempat penginapan... Hampa... Ader kaitan dengan pilihanraya kecil Selangor… Dan ader miscommunication…

Tapi bersyukur ke hadrat Ilahi… Tempat penginapan kami di Clubhouse OPRS (tak taw ape nama panjang dyer) bolehlah dikategorikan sebagai sederhana….. Rumah papan berkarpet hijau….. ader dapur, ader peti ais, ader satu meja makan… ader 3 tandas ( kitorang guna 2 je atas sebab2  yang berunsurkan ‘misteri nusantara’ ), ader 6 katil ( kitorang guna tiga katil jer tapi 6 tilam ), 2 almari ( tapi guna satu jer sebab lagi satu ‘angker’ )

Selepas penat mengemas rumah, mandi dan seusai melaksanakan solat isyak… Kami baca Yassin dan berdoa agar kehadiran kami tidak menganggu makhluk Allah yang lain…

Malam tu kami tidur kepenatan dengan belenggu keseraman kater2 faizul yang cakap ader ‘sekeluarga’ dalam rumah tu…

Ya Allah, semoga kami dapat hidup dengan aman di rumah ini sepanjang kami dalam menuntut ilmu…

26/4/2010-Isnin: First day di Pulau Carey……

Seawal jam 7.30 pagi kitorang bergerak ke pejabat HR R&D Centre Banting sebab kitorang taknak lagi jadi macam semalam… Rupa-rupanya waktu pejabat diorang bermula jam 8.30 pagi… Sekali lagi dihamun perasaan geram menunggu…

Jam 9.30 pagi baru lah kitorang dapat kenderaan untuk ke Pulau Carey… Tempat sepatutnya kitorang wat latihan industri…

Melalui beberapa peringkat sebelum tiba di Lab Palm Product di bawah kelolaan Tuan Haji Yosri…

Hari pertama ni kami diberi 3 fail dokumen bleh kire sebagai nota lah yang perlu dikhatamkan… dengan kepenatan yang tak habis membaca nota tahun 50-an dengan kertas kuning yang ditaip menggunakan mesin taip membuatkan satu suasana kondusif untuk ‘STUDO’ (study + tido)…

Petang tu aku dapat tajuk projek LI : ‘Loose Fruit Sterelisation’

Balik + Masak sendiri + Makan + Perkemaskan diri + Tido… Sangat penat ye…

P/S: Setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga untuk ayah dan ibu yang membesarkan diri ini… Baru hari ni dapat kusedari penat lelah bekerja, mengemas rumah, memasak…

10.00 p.m : Tidur yang sangat nyenyak…

27/4/2010-Selasa: First time OT (overtime)

Hari ni aku g East Oil Mill… Kilang memproses kelapa sawit yang dijadikan minyak untuk kegunaan rakyat jelata…

Kerja hari ni memilih buah2 sawit yang dah gugur dari ‘bunch’ dia… Pilih yang cantik2 untuk dijadikan bahan kajian…

Siapa sangka hari ni aku OT disebabkan memerah minyak sawit secara manual… Sangat penat… Sebanyak 200 kg diperah seramai 6 orang…

Penghargaan untuk mereka yang membantu memerah minyak sawit secara manual… ( Abg Adip, Abg Zainal, Abg Daus, Rab dan Haji Yosri)

Balik jam 12.30 pagi sambil menendang pintu rumah… (paham2lah kita ye kalau orang dah tidur…)

Cara Memerah Minyak Sawit Secara Manual:

1.    Masukkan buah kelapa sawit dengan air secukup rasa kedalam microwave untuk melembutkan buah sawit selama 50 saat. ( Jika masih keras, masukkan sekali lagi selama 50 saat)
2.    Asingkan antara sabut dan biji sawit (kernel). Penggunaan sarung tangan kain dan getah adalah digalakkan.
3.    Ramas-ramaskan sabut kelapa sawit yang telah diasingkan dengan menggunakan tenaga zahir dan batin. ( proses yang sangat rumit ) Bertujuan untuk memecahkan sel minyak.
4.    Perahkan minyak daripada sabut tersebu dengan menggunakan kain sebagai penapis.
Selamat Mencuba…..

28/4/2010-Rabu: OT ku kerana membasuh biji sawit…

Hari ni sangat mencabar… Membasuh biji sawit daripada pagi ke tengah hari ke petang hingga ke malam…
Pelbagai cara digunakan daripada menggunakan bakul sampah masa sekolah tadika dulu… Pastu guna jarring BBQ… Pastu guna berus basuh baju… Habis tangan luka-luka… Inilah kali pertama aku habiskan sekotak sarung tangan getah… Hehehe… Duit company takper…

Pastu biji sawit tadi digodak dengan air sabun menggunakan stirrer… pastu digodak sekali lagi menggunakan Hexane…

Hari ni aku belajar buat kerja-kerja Lab bukan hanya menggunakan Apparatus sahaja tapi gunalah aper aje barang yang penting efektif dan effisien… Kalau tak sampai biler pun tak siap…

Balik jam 1.00 pagi sambil menendang pintu lagi…

29/4/2010-Khamis: TRIPLE KILL!!!

Hari ini kerja aku adalah kerja keras… Memecahkan biji sawit untuk asingkan tempurung dan isi dalam…

Menggunakan playar ragum, kemahiran hidup, tukul besi, dan kapak… Dengan tenaga 4 orang sahaja… tapi semakin lama semakin ramai… Hehehe… Proses yang santai tapi mengerah keringat yang tinggi… Aku memilih senjata playar ragum untuk berjuang…

Sekali lagi diingatkan semua proses yang dibuat bermula daripada sampel seberat 200 kg sebelum ini… Bayangkanlah banyaknya kerja-kerja ini…

Habis kerja kul 9.00 malam… Selepas makan semua… Tiba di rumah jam 11.30 malam dengan tangan yang bengkak sekali lagi ku menendang-nendang pintu rumah ku…

30/4/2010-Jumaat: Mata dah bengkak…

Hari ni kerja da kurang… Tapi semangat tu mesti diteruskan… Hari yang simple… Hanya buat test untuk cek kebolehupayaan untuk minyak dicuci ( Determination of the deterioration of bleachability index of crude palm oil)…

Test ini dibuat dengan mudah tetapi sebanyak 60 sampel… PERGH! Macam nak rak… Tetapi kelebihannya… Aku sudah mahir membuat test UV… Mana taknya… 60 sampel kowt… Huhuhu…

Kepada student UTM… Bersyukurlah walaupun machine UV-Spectroscopy kita sedikit tapi ia adalah teknologi yang agak latest… Aku menggunakan machine UV-Spectroscopy zaman ‘tuk kaduk’…

Alhamdulillah tak sampai kener ULTRA KILL… (siapa maen dota je yang faham)

Hari ni balik seperti biasa jam 5.30 petang seperti staf-staf yang lain… Pengalaman OT selama tiga hari berturut-turut banyak mengajar erti pengorbanan seorang bapa… Mana taknyer… Keramaian orang yang buat OT samer2 ngan aku telah pun menjadi bapa… Sepanjang OT tu mereka bercerita tentang keluarga dan anak masing-masing… Aku yang masih single ni mengiyakan ajelah… Hehehe…

So kepada para pembaca, ingatlah ayah kita sanggup bersusah payah untuk bekerja demi menampung perbelajaan hidup kita… Penat lelah ayah kita janganlah dibalas dengan tuba berupa kegagalan kita, muka yang masam kerana tak dapat apa yang kita nak, meminta sesuatu yang diluar batas kemapuan perbelanjaan keluarga dan sebagainya yang mampu melukakan hati seorang ayah yang berjuang sehabis daya demi melihat kita semua tersenyum riang…

1&2/5/2010-Sabtu & Ahad: Weekend was only a weekend…

Hujung minggu ni sangat penat… First time rase bekerja… Pergh…

Pagi tu diisi dengan basuh baju dengan tangan (takder washing machine) mengingatkan kembali memori semasa berada di Maktab (MRSM) dulu… Bau padang yang dekat dengan Clubhouse tempat kitorang tinggal dicampur dengan bau pokok sawit daripada ladang sawit belakang Clubhouse tu membuatkan detik-detik memori di maktab bertambah segar… Baunya sama… Suasananya sama… Aromanya sama… Rasa je yang berbeza…

Masak nasik goreng sebagai sarapan sangat hebat… Merah menyala… Lada boh tertumpah… Hehehe… Justeru…

Setelah dipersetujui oleh Chef-Chef kenamaan seperti Rafiq Ramlee dan Taufik Rais (kitorang yang masak) dengan ini resepi baru ini dinamakan sebagai Nasik Goreng Cirit dan Nasik Goreng Birit… Hehehe… Masak 2 round… Walaubagaimanapun… Habis dimakan… Licin…

3/5/2010-Isnin: Mari berkenalan…

Kerana tak selalu dapat bekerja dalam Lab sepanjang minggu pertama… agak kekok untuk memulakan perbualan walaupun dah seminggu… Shahrul ngan Faizul yang dah selalu dalam Lab tu lah tempat untuk memulakan sesi ‘pecahkan ais’ dengan staf-staf Lab…

So far dalam satu hari sahaja dah dapat kenal dengan hamper semua staf Lab… Mereka semua sangat friendly… Banyak cakap… Dan sangat mudah untuk belajar dengan mereka… Hands on work… Praktikal lebih mudah untuk difahami berbanding teori semata… Latihan Industri sangat berguna…

4/5/2010-Selasa: Farewell…

Sebelum masa rehat makan tengah hari… Aku kena pangil dengan Tuan Haji Yosri, Head Of Laboratory (HOL) masuk ke bilik salah seorang officer… Maser first-first cuak jugak… Manela taw ader wat salah yang aku tak perasan… Tapi kecuakan tu lebih kepada takut kalau ditanya soalan-soalan yang berbentuk ilmiah hingga tak dapat jawab… Huhuhu…

But…

Apa yang disangka tak seperti yang diharapkan… Aku dimaklumkan untuk tukar Lab… ader miscommunication yang terjadi semasa kemasukan kitorang dalam Lab Palm Product… Aku akan di tukar ke Lab SMR & Latex…

Bibir tersenyum hati belum tentu senyum…

5/5/2010-Rabu: Menghabiskan sisa-sisa hidup di Lab Palm Product…

Hari ni macam taknak datang kejer je kalau ikutkan hati… Tapi ini Sime Darby bukan harta aku yang punya… Kene la jugak pergi…

Ketawa tak semestinya gembira…

Hari ni banyak dihabiskan dengan membaca buku karangan Ustaz Hasrizal… Rindu Bau Pohon Tin…
Tak banyak bercakap hari ni… Sebab memikirkan hari mendatang…

6/5/2010-Khamis: Daripada Orang Minyak menjadi Budak Getah…

Jam 8.45 pagi aku melaporkan diri di Lab SMR & Latex… Pergh! Ader Row Call… Huhuhu… Aku memperkenalkan diri… Memecahkan ICEBERG!!! Ratio lelaki perempuan yang mengambarkan lelaki hamper pupus… Huhuhuhu…

Hari ini hanyer introduction dan safety briefing… Pastu diberi manual untuk dikhatamkan… Sekali lagi STUDO… Hehehe…

7/5/2010-Jumaat: “Wanginyer………”

Huhuhu… Hari ni belajar reception… Menerima, melabel, memastikan, mengkategorikan dan sebagainya terhadap sepsis yang diberi namer “LANTUN”… Huhuhu…

Mujurlah hari n tak puasa… Kalau tak mesti bleh muntah kalau perut kosong bau getah…

Kalau getah yang cair namenyer Latex… Kalu getah beku dipanggil SMR (Standard Malaysian Rubber)…
Hehehe… Teringat pengalaman masa kecik maser umur 9 tahun kalau tak silap… Ikut atuk pergi menorah getah… Pakai baju saiz XL… Macam ‘Dwarf’ dalam cerita Snow White… Belajar cara mengopek lantun dari cawan getah… Pastu masuk dalam PMG (Pusat Mengumpul Getah)… Macam maner rasenyer susu getah itu termasuk dalam mulut… Emmmmm… Eeeuuuu…

Semuanyer tersingkap semula dalam ingatan setelah menghirup aroma getah ini…

8&9/5/2010-Sabtu &Ahad: DOTA for life…

Hari Sabtu keluar jup ke Econsave untuk beli barang dapur… Boleh tahan jugak lah…
Selebihnya dan hari Ahad hanya diisi dengan main game, tidur, dan Movie…

10/5/2010- Isnin: Dadih…

Isu hari ni tak banyak…

Menjalankan dan belajar Analisis Nitrogen, Volatile Fatty Acid dan Volatile matter dalam getah…

Tapi hari ni hanya ader satu isu jer… Kak Asmah belajar buat dadih daripada aku… Hehehe… Berbekalkan pengalaman membuat dadih yang ader… Aku menurunkan ilmu…

Soalan untuk para saintis… Evaporated Milk dalam bahasa melayu aper???

11/5/2010- Selasa: ----------‘’’’’’’’--------------

Hari ni tak taw nak buat aper… Aku bawak laptop dan maen game jer… Semua orang takder dalam Lab… Sebab ade High Tea dengan Vice Director Of Sime Darby Plantation…

So memang mati akal tak taw nak buat aper…

Tapi hari ni aku belajar sesuatu yang baru… Belajar memahami apakah impian seorang wanita dalam berumah tangga… Buku yang dibaca adalah… Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul… Karya Fatimah Syarha… Sesuai untuk pembaca remaja yang ingin kahwin supaya sedar apakah sepatutnya yang anda perlu untuk membina bahtera keluarga…

Sekalung penghargaan kepada Puan Fatimah Syarha kerana membuka mata saya tentang apa yang wanita mahu dalam menjadi seorang isteri…

12/5/2010-Rabu: Pengalaman itu satu benda yang indah…

Hari ni belajar routine test untuk Mechanical Stability Time, Atomic Absorption Spectroscopy, dan menggunakan mesin HPLC dengan berjaya… HPLC diggunakan untuk cek sejenis gula dalam serum getah yang didapati dari susu getah yang dah beku… L-Queberchitol…

Hari ni pun dapat lagi habiskan buku Karya Ustaz Hasrizal… Aku Terima Nikahnya… Buku yang sangat menarik diceritakan oleh ustaz tentang pengalaman hidupnya ketika mahu memulakan bahtera pelayaran dalam berkeluarga… Buku yang banyak memberi motivasi dan membetulkan semula misi dan visi yang sepatutnya dicapai dalam berkeluarga…

Sekalung penghargaan untuk ustaz kerana membantu memperbetulkan misi dan visi ini…

13/5/2010-Khamis: Safety and Health dalam Lab…

Hari ni buat test parameter kandungan Dirt dalam getah… Bermain dengan bahan mudah bakar (FLAMMABLE)… Turpentine… Masuk dalam Store simpanan bahan mudah bakar memang menyeramkan… Pakai Mask macam dalam cerita kat dalam TV… Lab coat… Sarung tangan…

So kepada semua pekerja, saintis dan pelajar di makmal… Semua ni perlu dijaga… Menjauhi lebih baik daripada mengubati…

14/5/2010-Jumaat: Aku Anak Felda…

Test parameter hari ni adalah Mooney Viscocity dan KOH number… Nak test apakah keadaan yang paling sesuai untuk getah dibentuk dan diproses…

Hahaha… Satu lagi berita kepada diri ini… Daripada HOL, Mr Jaya… Aku akan dihantar ke mill di Batu Anam dan Tangkah untuk menjalani training di factory… Hahahaha… Oustation… 4 hari… Dah raser OT… Pasni raser Oustation pulak… Pengalaman yang sangat berharga..

En Muiz kater… Officer di Lab aku… Kalau g factory… Best… Orang-orang kat situ semuanya baik… 2 minggu daripada hari ini… Aku akan ketahui bagaimana hidupnya di kilang getah…

Sawit pun dah… Getah akan tiba…

AKU ANAK FELDA…

15 &16 /5/2010: Menyayat hati…

Hari Sabtu Shahrul balik umah akak dyer… Pastu Faizul pulak family diorang datang… Ramainya tetamu… Huhuhu… Tapi aku bagi sepenuhnya kat Faizul untuk setelkan… Aku mahu ngorok ajer…

Jam 5.30 petang hari Sabtu… Ibu call… Mula-mula ibu taknak bagi taw… Lepas dipaksa baru ibu bagi taw… Syukri… Adik aku Nombor tiga… Eksiden… Tangannya patah… Hati abang maner yang tak luluh mendengar nasib adiknya begitu… Aku terbayang-bayang keadaannya… Aku pulak yang terasa sakit… 

Sebelum ni Khairi adik nombor empat aku patah tangan jugak… Jatuh pokok manggis… Sampai dimasukkan besi… Belas aku tengok kesan patahnya… Sampai ke hari ini masih ketara… Ya Allah… Selamatkanlah adikku…

Hari Ahad… Aku terus risau dengan keadaan adikku… Nak balik takder kenderaan… Nak jumpa bas dalam kawasan Estet ni memang lah payah…

Malam tadi Ibu bagi taw klinik dekat Palong tutup… Pastu pegi klinik kat Serting takder yang pakar… Pastu pergi ke Hospital Kuala Pilah… Dr kata tulang pergelangan tangan kanan adik aku di bahagian ‘joint’ patah… Tulangnya mencucuk ke daging… Sangat sakit…

Aku call Ibu tanyakan khabar adikku… Ibu kata lepas simen… Dia tak bangun… Mungkin sebab dos ubat pelali yang tak habis lagi… Aku risaukan dia… Walaupun degilnya sangat kuat… Tapi kalu dia taw dia bersalah dia akan diam sahaja… Selalunya Ibu dan aku yang akan berkongsi masalah dengannya… Ya Allah… Kuatkanlah semangat adikku…

17/5/2010-Isnin: Aku lega mendengar…

Hari ni hanya cek kandungan dalam susu getah… Minda belajar… Hati asyik risaukan adik sendiri…
Petang tu masa tengah menyiapkan juadah berbuka… Ibu call… Kater ibu semuanya ok cuma kesan jahitan belum kering… Mungkin perlu berada di wad dalam dua hari lagi…

Mendengar suara Syukri melegakan sedikit sebanyak hati ini… Aku cuba mengubah tajuk dari terus bertanya tentang tangannya… Ku tanyakan tentang sambungan internet yang dipasang oleh ayah minggu lepas… Kedengaran ceria suaranya… Dia suka sangat dengan komputer… Mungkin minatnyer kat situ… Yelah… Subjek lain dia dapat markah sederhana… Tapi kalau subjek Sains Komputer… Sentiasa 90% ke atas…

Semoga segala ujian yang Allah berikan menjadi pedoman, teladan dan peringatan untuk kita semua…

18/5/2010-Selasa: Simple…

Hari ni hanyer belajar determination of Ash in Rubber… Nak cek kandungan mineral dalam getah beku…

Tak banyak sangat belajar sebab banyak sampel yang staf-staf kat sini kene setelkan hari ni… So takpelah kalau hari ni tak belajar (ditentukan sendiri… hehe…)

Malam tadi ayah call… Syukri dah balik rumah dah… Alhamdulillah…

19/5/2010-Rabu : Psiko...


Hari ni blajar determination of Sludge dgn pH latex... Huhu... Diorang sume tgh sibuk lagi... So cuba-cuba jugak nak blajar... Tapi taklah sampai memaksa...

By the way... Rasa sangat senang dengan semua staf kat lab ni sebab diorang tak putus-putus mintak maaf sebab tak dapat mengajar aku... Diorang sangat peramah dan caring antara satu samer lain dalam bekerja... Kalau ader teguran (marah) daripada bos... Semuanya saling 'backup'... Maybe banyak study tentang Industial Psychological je sepanjang LI... Hehehe...

20/5/2010-Khamis: Home Alone...

Hari ni Faizul ngan Shahrul overtime... So aku sorang jela kat umah malam ni... Mula-mula seram jugak... Khamis malam Jumaat... Tapi kuatkan jugak r diri ni... Masak sorang-sorang... Goreng ayamas segera dgn telur masak merah... Berjaya jugak jumpa rahsia memasak lauk masak merah ni (banyak kali cuba tak jadi)..


Lepas masak... Makan sambil tgk anime... Pastu men dota sampai terlelap... Taw2 jam kul bpe ntah diorang balik...

Diorang pulak menendang pintu... Hehehe... (mana taknyer hujan malam tu membuatkan aku lena)
 
TO BE CONTINUED.....

Monday, May 17, 2010

RUPA BENTUK MANUSIA WAKTU BANGKIT DARI KUBUR

Nota ini merupakan nota yang diambil daripada ibu saya semasa beliau masih belajar di sekolah agama semasa beliau masih remaja. sekadar perkongsian dan renungan dengan sahabat-sahabat. sentiasalah mengingati mati agar setiap tindakan kita itu berlandaskan agama ALLAH.

Dalam Kitab Kasyful Ghaibiyah karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani ada menceritakan beberapa rupa bentuk manusia sewaktu bangkit daripada kubur menuju padang mahsyar. Segala rupa bentuk itu bergantung kepada perbuatan mereka semasa berada di dunia.

Rupa-rupa bentuk manusia tersebut adalah seperti berikut:

1.Berupa Babi. Iaitu mereka yang mencari rezeki dengan cara yang haram seperti menerima rasuah dan sebagainya.

2.Berupa Kera. Iaitu mereka yang suka membuat fitnah kepada manusia.

3.Lidahnya terjelir panjang hingga tengkuknya. Iaitu mereka yang suka melaga-lagakan sesama manusia.

4.Berada dalam keadaan songsang dengan kepalanya ke bawah dan kakinya ke atas. Iaitu bagi mereka yang melakukan zina.

5.Tiada kaki dan tangan. Iaitu bagi mereka yang suka menyakiti jirannya.

6.Bau badannya lebih busuk daripada bangkai dengan tapak kakinya berada di atas dahi. Iaitu bagi mereka yang hidupnya mengikut hawa nafsu  dengan melakukan benda-benda yang haram seperti mencuri, merompak berjudi dan sebagainya.

7.Lidahnya terholor hingga ke atas perutnya, bibir mulutnya terholor hingga ke atas dadanya. Manakala perutnya pula terholor hingga keatas pahanya. Keluarlah juga daripadanya air kencing dan najis. Iaitu mereka yang minum arak semasa di atas dunia.

8.Berada dalam keadaan buta, tercengang dan ramai bilanga manusia yang bergantung diatas badannya. Iaitu bagi mereka yang melampaui batas dan tidak mehu mengikut hukum-hukum Allah.

9.Dalam keadaan pekak. Iauitu bagi mereka yang hidup sombong semasa berada di atas dunia.

10.Keluar nanah dari mulutnya dan mereka memanah lidah sendiri. Iaitu orang-orang alim yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mahu melaksanankannya.

11.Badannya melecur kerana terkena panas api neraka. Iaitu mereka yang suka menjadi saksi kepada perkara-perkara dusta.

12.Mereka berada dalam keadaan mabok, rebah ke kiri dan ke kanan. Iaitu mereka yang dianugerahkan Allah dengan harta yang banyak tetapi tidak mahu mengeluarkan zakat dan membelanjakannya untuk kebajikan.

13.Mukanya hitam. Iaitu bagi mereka yang memakan harta anak yatim

14.Memakai baju daripada minyak tanah. Iaitu mereka yang suka mengumpat semasa dan mencari keaiban orang lain.

15.Badannya dipenuhi dengan kudis kusta sehingga kulitnya balar. Iaitu bagi mereka yang menderhaka kepada kedua ibu dan bapa.

Oleh mereka yang beriman dan bertakwa (mengikut segala perintah Allah) sajalah yang bangkit dalam keadaan baik dengan mukanya putih berseri-seri seperti bulan purnama.

Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk menyelamatkan diri kita dari siksaan allah yang amat dahsyat di hari akhirat.


Tuesday, April 13, 2010

Astagfirullah... Rabbal ba ra ya..

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang-


Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekalian makhluk.
Aku mohon ampun pada Allah, daripada segala dosa.

Ya Allah Ya Tuhanku tambahkanlah ilmu yang manfaat kepadaku.
Dan terimalah amalanku.

Yang memberi rezeki yang luas
Dan terimalah taubatku, taubat nasuha

Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekalian makhluk.
Aku mohon ampun pada Allah, daripada segala dosa. 

Dan ini rahsia seruanku (Doaku pada-Mu)
Dan Aku berharap moga dipermudahkan

Aku adalah seorang hamba yang fakir
Sesungguhnya kami fakir dan memerlukan

Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekalian makhluk.
Aku mohon ampun pada Allah, daripada segala dosa. 

Dan cukupkan aku dengan ilmu-Mu ya Rabbi
Dengan soalan dan pilihanku

Ya Tuhanku yang menguasai diriku
Engkau Maha Mengetahui bagaimana hamba-Mu ini

Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekalian makhluk.
Aku mohon ampun pada Allah, daripada segala dosa. 


 Mari lah bersama-sama kawan-kawanku...


Penghargaan kepada...
Inia Lurun Sophie (youtube)





Saturday, April 10, 2010

Taar Zamen Par


Kenal Albert Einstein??


Kenal Leonardo Da Vinci??



Kenal Abhishek Bachan??



Kenal Walt Disney??



Taw bagaimana mereka ketika kecil?
Taw Einstein pernah di katakan GILA?
Taw Abishek hadapi masalah membaca ketika kecil?
Namun kini mereka telah berjaya mereka nama di mata dunia....

Albert Einstein merupakan seorang saintis terkenal.
Leonardo da Vinci popula dengan lukisan-lukisan beliau.
Abishek Bachan menjadi pelakon Bollywood terkenal.
Walt Disney berjaya mempamerkan dunia fantasi animasi..

Walaupun suatu masa dahulu mereka pernah diherdik. Dimarahi. Dicaci dan sebagainya..

Semuanya disebabkan Disleksia.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan.

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Antara ciri-ciri penghidap Disleksia ialah:
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan unutuk pemilik masalah ini:

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial. 

JUSTERU!
Kepada semua. Seandainya suatu hari nanti kita berhadapan dengan masalah seperti yang tertera diatas. Samaada anda mengenali kanak-kanak  itu sebagai seorang murid atau pun anak anda sendiri. Jangan cepat melatah dan jangan melayan mereka dengan cara yang tak sepatutnya. Teliti dan kaji terlebih dahulu.

Di sini terdapat satu filem yang ingin saya kongsikan bersama anda:

TAARE ZAMEEN PAR
(EVERY CHILD IS SPECIAL)

Anda boleh dapatkannya di pasaran atau sesiapa yang berada di UTM boleh pinjam daripada saya, Muhammad Taufik (0137029845)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...