BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Tuesday, August 23, 2011

RAMA-RAMA


Asal Ulat Jadi Kepompong
Duduk diam dalam kelongsong
Tiba masa kepompong pecah
POM!
Jadilah rama-rama yang indah
Rama-rama terbang melata
Hisap madu di pokok bunga
Rama-rama aneka warna
Tapi sayang hidup tak lama..

SATU LABAH-LABAH


Satu labah-labah
Cuba panjat perigi
Bila hujan turun 
Labah cepat lari
Terbit mata hari
Air tiada lagi
Labah cuba panjat sekali lagi

IT'S MY LIFE : EPISODE 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Sambungan dari yang lepas.. Hurm mase korang first time cabut gigi.. Apa yang korang rasa maser tu?? Sakit giler kan??Huuu.. Serius sakit.. Aku antara budak-budak yang paling takut cabut gigi.. kesannya, gigiku tidak tersusun rapi.. huhu.. dulu macam-macam cara dibuat untuk nak cabut gigi ni.. antaranya cabut guna benang.. ibu kata, klu tkut sangat cabut guna benang sebab kita tak pegang gigi tu.. so lilit gigi dengan benang pastu sentap kuat-kuat.. tapi serius aku tak berani.. haha.. malu plak rasenyer.. aku nak tarik tapi bila sakit je terus tak tarik.. haha.. last-last, bila ayah aku balik.. ayah aku pegang dagu pastu ayah tolong tarik.. weh.. mase tu punyer sakit.. macam nak mati.. aku berpaut habis kat tangan ayah aku.. tapi ayah aku tak kira terus sentap.. PAP! Tercabut sudah.. Pastu merajuk dengan ayah.. huhu.. tp tak lama pun sebab ayah bawak g Bandar.. haha.. n bila dah besar sikit aku try cabut sendiri.. Masa kali pertama berjaya mencabut gigi sendiri.. rase macam dah besar, matured dan sebagainya.. hehe.. bangga.. siap telefon atuk ngan nenek lagi.. n pengalaman paling sakit cabut gigi sebab gigi aku berlubang.. gigi geraham.. pergh.. satu malam tu aku takleh tidur.. orang cakap sakit gigi ni sama macam nak mati.. betul ker? Tapi memang sakit.. sepanjang malam aku menangis.. ayah ngan ibu memang tak dapat tidur.. macam-macam buat.. nak pegi klinik malam2 mane bukak.. so esoknya, terus pegi klinik.. mase tu plak kena enjit bius dekat dalam mulut.. masa tu kali pertama aku kena cucuk depan mata.. tangan aku kena pegang.. huhu.. mase nurse tu cucuk, rasa macam tembus je pipi ni.. haha.. penakut giler maser kecik.. lepas je kena cabut.. duduk pegang ibu jer.. taknak dah jumper doctor ngan nurse tu.. tp last-last hepi gak.. dapt berus gigi n ubat gigi.. KODOMO LION.. Jenama top maser tu..

Next, pengalaman aku masuk bilik kecemasan. Aku ingat lagi nama klinik tu. KLINIK PENAWAR. Thanks dekat Doktor yg tolong aku masa tu.. Ingat-ingat balik.. Memang sangat childish masa tu.. Aku dimasukkan dalam bilik kecemasan sebab pijak bara api.. Huhu.. Dulu kat belakang rumah aku memang tempat bakar sampah.. Kalau nak pergi rumah kawan aku Deedat, aku kena cross jalan tu.. Semuanya terjadi sebab aku tak pakai selipar.. Ibu dah ingatkan pakai selipar tapi degil.. Disebabkan abu benda-benda dah terbakar tu warna putih aku terus je lari atas dia.. Tak taw la apa aku piker masa tu.. Pengaruh kartun agaknya sebab aku memang kaki TV masa tu.. Bila dah terpijak sikit tak sakit sebab tak kena bara lagi tapi bila dah terkena bara.. Ambik! Aku berlari tapi terpijak lagi banyak.. Mujur masa tu ada jiran yang Nampak. Terus angkat aku bawak balik rumah n terus pegi klinik.. Masa kaki aku kena cuci, pedih gila.. huhuhu.. Taufik : Nampak pendiam tapi dia punya nakal memang tak tunjuk orang punyer.. Ni antara kes-kes kantoi aku sebab nakal sangat.. Tuhan nak tunjuk.. =)

TBC...

IT'S MY LIFE : EPISODE 1

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Dalam hidup ni banyak sangat pengalaman yang kita lalui.. Ada pahit  dan ada yang manis.. Hari ini, Aku nak berkongsi pengalaman hidup aku yang masih aku ingat dan aku nak ingat sampai bila-bila..

Bermula dengan pengalaman aku ketika kecil.. Aku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.. Actually lepas aku lahir, ada 2 kali ibu mengandung.. Tapi Allah sayangkan adik-adik aku.. Sorang meninggal kerana gugur dan sorang lagi umurnya sangat singkat.. Dia ada penyakit kuning yang serius waktu dilahirkan.. Masa tu aku tak tau lagi erti kehilangan orang yang tersayang.. So, ketika tu aku tak ingat aku sedih atau tak.. then lahir lah adik aku yang no-2 4 tahun selepas aku lahir.. dan diikuti adik-adik aku yang seterusnya..

Kehidupan aku macam kanak-kanak biasa.. Cuma masa kecil aku tinggal dengan nenek dan atuk.. Sebab masa tu ibu ngan ayah kerja.. sebagai cucu sulung dalam keluarga sebelah ibu, aku sangat manja.. Kemana saja atuk aku pergi aku mesti nak ikut.. So biasalah susuk dalam raga motor sejak kecil.. Ikut atuk pergi minum dekat kedai sambil tengok wrestling.. Haha.. Masa tu teman baik aku adalah TV.. Disebabkan duduk area FELDA, tak ramai sangat yang sebaya dengan aku.. So, I am alone at that time tapi still happy sebab ada family.. Tak lama aku duduk dengan atuk ngan nenek, rasanya dalam umur aku 3 tahun aku dah pun berpindah ke seremban. Dekat area Kampung Ujong Pasir.

Dekat sini, barulah aku mula berkawan. Kawan baik aku masa tu ada 3 orang. Deedat, Hamizan ngan Atiqah.. 3 laki satu perempuan.. Bila ingat-ingat balik kisah kitorang macam dalam drama TV.. Hehehe.. So kitorang sangat rapat.. Selalu keluar main.. Main perang-perang lah, masak-masak lah (ni sebab ada atiqah) n macam-macam lagi.. Tapi Atiqah pindah awal masa tu, rasanya tak sempat kitorang sekolah dekat tempat yang sama.. TADIKA KEMAS UJONG PASIR.. Tempat pertama aku mula mengenal erti belajar.. Sangat hepi maser tu.. Ingat lagi hari pertama pakai baju kemeja kotak-kotak warna merah n pakai seluar biru gelap.. Rambut belah tepi! Haha.. So, aku masuk sekolah dengan Hamizan dan Deedat.. Dekat sini aku kenal lebih ramai kawan.. Rupa-rupanya dekat-dekat dengan rumah kitorang ada ramai lagi kawan-kawan.. Masa tu ingatkan taman tempat kitorang tinggal la yang paling besar.. Rupanya ada lagi tempat lain.. Hehe..

Pengalaman dekat tadika sangat banyak. Berkenalan dengan ramai orang.. Belajar menyanyi dan macam-macam lagi.. Menari pun ada.. N ada jugak pakaian beragam.. Hehe.. Dulu aku pernah jadi ketua dalam persembahan tarian kitorang.. Tarian minang lagu dindin badindin.. Inilah saat paling kelakar bila difikir-fikir balik.. Haha.. Cikgu ingatkan aku supaya pastikan semua kawan-kawan sentiasa pandang depan dan tak lupa step masa permulaan persembahan.. So untuk memulakan step pertama, sorang kawan aku dekat barisan belakang kena kira.. Bila di mula je kira.. Aku dengan lagak seorang ketua pun melihat kiri dan kanan serta belakang untuk memastikan semua orang tak pandang tempat lain selain memandang ke depan.. Huhu.. Padahal, akulah orang yang tak pandang depan ketika tu.. Huhu.. Ibu ngan ayah tepuk dahi masa tengok persembahan kitorang.. Malu giler.. Aku jugak pernah jadi penyajak ketika Tadika.. Tajuknya ‘Guruku’.. Tapi nak jadikan cerita.. Huhu.. Masa tu gigiku rongak.. Sebab gigi susu baru je lepas tercabut.. Nak buat macam maner.. Bersajak jelah tanpa hiraukan dunia.. Hehe.. Alhamdulillah, banyak lagi pengalaman ketika di Tadika.. Kena kejar anjing, datang awal daripada cikgu (semangat sangat) dan macam-macam lagi.. N masa tu kami bertiga (aku, deedat n hamizan) dapat gelaran ‘Loyar Buruk’.. Cikgu yang bagi sebab bnyak sgt bercakap.. Haha..

TBC

Saturday, August 13, 2011

Sehelai Kertas Kumal

SURAT DARI KAMPUS
sekalipun sehelai kertas kumal
cukup membanggakan anak sekolah desa.
"terima kasih abang posmen!
surat ini daripada kawan saya,
seorang mahasiswa
 sekalipun isinya hanya berita kecil
lagi seminggu universiti akan bercuti,
di kampung surat itu harganya melanbung
apalagi bagi keluarga petani.
sehalai kertas kumal sekalipun
tiba dari sebuah universiti,
bagaikan mahu di usung keliling kampung
menyatakan terima kasih tidak terhingga.

Assalamualaikum semua.. Ingat lagi prosa tradisional ni?? Surat Dari Kampus. Komsas tingkatan satu. Hehe.. Entry kali ni, aku post sajak ni sebab dahpun mendapat surat jemputan Konvokesyen dari UTM Skudai. Alhamdulillah, tidak sia-sia usaha selama ini.. Syukur yang tak terhingga kepada Ilahi.

P/S: Nak duit? Daftar kat SINI and follow. All da Best!

Friday, August 12, 2011

Tompek jatuh laie kan di konang..

Assalamualaikum semua.. Selamat membaca..

Orang kate, tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat lahir.. Entry kali ni cuma nak tunjukkan gambar rumah asal FELDA suatu masa dahulu. Bila mana Tun Abdul Razak membawa semua rakyat melayu ke dalam program FELDA. Jasa TAR takkan dilupakan. Beliau lah yang banyak membantu asas kemajuan orang melayu FELDA. Dulu orang melayu dibawa masuk meneroka tanah-tanah kosong untuk membuahkan hasil Hidup MELAYU! Kehidupan yang saling tolong-menolong antara satu sama lain sangat indah. Kehidupan makmur dan sejahtera. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Kerja sama-sama. Susah senang dilalui bersama. Indah kehidupan begini seperti yang dianjurkan dalam Islam. (semua ni, nenek ngan atuk cerita kat aku)




Haaa... Nilah rumah FELDA dulu.. Sekarang ni susah dah nak jumper.. Rumah FELDA dah tak macam ni.. Ikut arus peredaran zaman.. Tambah-tambah pulak sekarang sawit tengah mahal.. Sebagai makluman tambahan, ramai yang tak taw orang FELDA ni memang dapat tanah free2 je ker dulu? Pergh! Senang giler kehidupan diorang.. Rilek dulu bro.. Dulu mase diorang muler2 masuk, mase tu kehidupan sangat payah.. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Diorang masuk dengan mengikat perjajnjian dengan FELDA dengan bayaran harga tanah yang beribu (taktaw berapa yang exact). Sepanjang diorang mengusahakan ladang getah dulu, FELDA dah pun mula buat potongan harga daripada hasil jualan diorang. Kiranya mereka bayar secara ansuran sehinggalah tanah tu dimiliki mereka sendiri. Makan masa yang sangat lama. Barulah mereka dapat mengecapi kehidupan yang lebih selesa.. Nak tengok rumah FELDA yang sekarang? Hehe.. Tgk kat bawah..


Ni contoh rumah FELDA Tunggal yang baru-baru ni menang anugerah FELDA terbaik. nak tengok lagi KLIK SINI

Haa.. Nilah serba sedikit sharing untuk hari ini.. 

P/S: Sape-sape nak buat duit tanpa modal leh tengok dan daftar dekat  LINK INI. Hadiah daripada saya. Hehe..

Monday, August 08, 2011

Ramadhan: Syaitan Tersenyum di Neraka

1.      Hey syaitan yang durjana, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka masih terus berlatih memakai pakaian yang tidak menutupi seluruh badan mereka yang disuruh oleh Allah. Barangkali mereka berlatih untuk bersedia menyesuaikan diri dengan kepanasan di neraka kelak.

2.      Hey syaitan yang dilaknat, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan di temani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan ramdahan ini mereka terus berlatih menyedut bara api (rokok) di waktu siang hari. Barangkali mereka sedang berlatih menyesuaikan diri menghirup udara panas di neraka kelak.

3.      Hey syaitan yang dibenci, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus bersembunyi untuk melanggar perintah Allah untuk makan di siang hari. Barangkali mereka sedang menyusun strategi untuk mencari ruang dan peluang untuk bersembunyi di hari pembalasan kelak.

4.      Hey syaitan yang dimurkai, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus meninggalkan solat tanpa hasutan dan godaan kita (syaitan). Barangkali mereka rindu pada kita dan sentiasa teringat setiap pesanan kita agar meninggalkan solat.

5.      Hey syaitan yang direjam, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus berbohong dan menipu demi kesenangan dunia. Barangkali mereka sedang berlatih untuk menyembunyikan kesilapan mereka di hadapan Allah kelak.

6.      Hey syaitan yang jahat, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus mendekati dan melakukan zina. Berpeluk-pelukan tanpa ikatan sah. Barangkali mereka ingin memuaskan nafsu sebelum mereka sedar mereka tidak dapat bersama lagi ketika penyiksaan di neraka kelak.

7.      Hey syaitan yang terhina, bukankah sepatutnya ketika ini kau sepatutnya merasa pedih, mengapa kau masih lagi tersenyum?

Aku sangat gembira, kerana masih ada manusia yang sentiasa mengingati pesanan aku walaupun aku dibelenggu ketika Ramadhan ini. Aku bangga kerana mereka lebih banyak mengingati pesanan dan saranan aku berbanding dengan suruhan Allah. Aku merasa bahagia kerana kelak nanti aku tidak lagi keseorangan di neraka. Aku pastinya, selepas aku berpenat lelah disiksa di neraka dalam bulan Ramadhan, aku juga dapat merayakan Syawal bersama-sama mereka yang terus menerus mengenang aku dalam diri mereka. Maka hilanglah rasa letih ku ini kerana pasti ada yang akan menyambut kepulangan ku nanti.


Mahukah kita terus menerus membuat syaitan tersenyum?????? Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Barakah, Bulan untuk berubah. Selamat Beramal.

Sunday, July 31, 2011

AKU BIN ABDULLAH

Telemovie Aku Bin Abdullah (ABA) merupakan satu lakonan semula daripada KISAH BENAR seorang muallaf. Telemovie ABA mengisahkan tentang seorang anak yang dibuang oleh ibunyadi tempat pembuangan sampah dan dibesarkan oleh orang lain. Kehidupan yang sangat susah membuatkan dia terjebak kedalam kancah maksiat yang berleluasa dalam masyarakat. Namun, hatinya yang masih ada nilai kebaikan membuatkan dia sering membantu seorang wanita tua tanpa menyedari wanita itu ibu kandungnya yang menjadi gila kerana penyesalan atas perbuatannya yang lalu. Dia mula bertaubat dan memeluk agama islam dan menjalani kehidupan dengan rahmat dan kasih Allah. Bagaimana endingnye? Hehe.. Tgklah sendiri ye.. =) Lakonan Black Raja Lawak, Norlia Ghani dan penampilan istimewa Alex Raja Lawak dan Imam Muda Nuri.


Pengajaran yang kita boleh dapat daripada telemovie ini ialah satu reality kehidupan yang mungkin dilalui oleh insane-insan mulia yang dilahirkan kemuka bumi Allah ini untuk melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah seperti manusia biasa. Namun kerana kesilapan manusia lain mereka menjadi mangsa. Jika mereka melakukan kesilapan, masyarakat menunding jari dan menghina mereka. Sedarilah bahawa mereka menjadi begitu mungkin ada kaitan dengan kita. Cuba lihat di bawah, hubungkait yang mungkin melibatkan kita dalam kesalahan mereka.

Baik@Xbaik → Ibu dan bapa anak kecil itu → Masyarakat sekeliling yang kurang cakna dengan kesilapan awal yang boleh membawa kepada dosa zina → Undang-undang yang gagal menyedarkan masyarakat → Pemimpin yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dalamkepimpinanya terhadap masyarakat.

P/S: DIMANAKAH KITA??? ADAKAH KITA HENDAK BERLEPAS TANGAN DENGAN KEJADIAN-KEJADIAN YANG MUNGKIN AKAN TERJADI? HARUS DIINGAT, KITA MUNGKIN DIHALANG KETIKA INGIN MELANGKAH KE SYURGA KERANA SIKAP LEPAS TANGAN KITA.

LOVE STORY IN HARVARD

LOVE STORY IN HARVARD

Love Story In Havard merupakan sebuah drama korea yang mengisahkan tentang kisah cinta dua penuntut Harvard University. Cerita ini sangat romantik. Jalan ceritanya juga sangat menarik. Mengisahkan tentang kepentingan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas. Konflik yang ditimbulkan dalam cerita ini berkenaan dengan kepentingan KEJUJURAN bagi seorang peguam dalam menjayakan setiap kes dengan jujur dan amanah. Sepertimana yang kita tahu, apabila sesebuah kes itu dinaikkan kedalam mahkamah, maka kes ini pasti selesai dengan dua kebarangkalian. 1. Keputusan mahkamah adalah benar dan memihak kepada pihak yang sepatutunya. 2. Keputusan mahkamah adalah salah dan menyebabkan penindasan terhadap pihak yang tidak bersalah. Tugas sebagai peguam amat berat dalam menentukan masa depan sesebuah pihak yang berkenaan. Kesilapan dan ketidakjujuran peguam dan pihak mahkamah boleh menyebabkan kemusnahan masa hadapan sesebuah pihak. 

More info at LOVE STORY IN HARVARD


P/S: AMARAN! SETIAP AKSI ROMANTIK YANG TERJADI DALAM KISAH INI HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI SAHAJA. YANG MASIH BELUM BERKAHWIN TIDAK BOLEH MELAKUKAN AKSI TERSEBUT KERANA IA HARAM DALAM AGAMA ISLAM. CUKUP SEKADAR MENAMBAH IDEA UNTUK MENIKMATI HARI BAHAGIA BERSAMA PASANGAN YANG TERCINTA DI BAWAH RAHMAT ALLAH.

BUDAYA HARI MEMANTAI

31 Julai 2011

Assalamualaikum semua yang membaca. =) Hurmmm. Hari ni Hari MEMANTAI. Tapi bila cakap ‘MEMANTAI‘ ada yang tak tahu apa itu MEMANTAI. Mungkin tak ramai yang raikan hari ini. Okay, sedikit penerangan ya di sini.

MEMANTAI merupakan satu aktiviti yang diadakan sehari sebelum Ramadhan dan sehari sebelum hari raya Aidilfitri atau Aidiladha. Mengikut cerita orang tua-tua, adat ini asalnya diadakan pada hari mantai iaitu hari melihat anak bulan bagi menentukan tarikh hari raya. MEMANTAI dikatakan berasal daripada budaya orang minangkabau. Betulke? Hurm.. Dekat sini ada percanggahan pendapat daripada masyarakat. Hehe. Sebab budaya ni diamalkan oleh pelbagai kaum. So, anggap je lah aktiviti MEMANTAI ni aktiviti masyarakat Malaysia sejak dulu.

Sewaktu MEMANTAI pada kebiasaannya akan dilakukan aktiviti penyembelihan lembu, kambing atau kerbau dan dimasak secara beramai-ramai. Aktiviti ini dilakukan secara beramai-ramai bermula daripada penyembelihan sehinnga makan. Namun sekarang, kebanyakan kelompok masyarakat hanya sekadar membeli daging untuk dimasak dalam seisi keluarga sahaja. Walaubagaimanapun, daging yang dibeli bukanlah daging kotak tetapi yang fresh yang dijual oleh peniaga-peniaga daging. Kiranya aktiviti penyembelihan hanya dilaksanakan oleh penjual daging sahaja. Hal ini disebabkan oleh kekangan masa dan tenaga yang dialami oleh masyarakat. Memasak untuk dimakan beramai-ramai cukup sekadar meraikan anak-anak atau saudara mara yang pulang ke kampong. 

Okeh. Itu sahaja penerangan berkaitan dengan aktiviti MEMANTAI. Juadah MEMANTAI hari ini ialah:
  Nasi Ayam
 Sup Tulang
Lemang
Rendang Ayam

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diampunkan oleh Allah S.W.T. dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini.

Sunday, June 26, 2011

Ceramah di Masjid Palong 5

21 jun 2011 : Masjid Felda Palong 5..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan menghadiri ceramah di Masjid Felda Palong 5 yang disampaikan oleh imam Masjid Palong 7… Dalam ceramah beliau, terdapat beberapa perkara yang nak dikongsikan..

Toma’ninah itu rukun solat…

Dalam mendirikan solat seharian ramai dalam kalangan kita yang terlepas pandang hal ini.. bagi kita, rukun solat itu cukup dengan perbuatan rukuk, sujud, iktidal dsb.. namun kita lupa bahawa rukun solat itu juga terdiri daripada perbuatan toma’ninah yang bererti berhenti sementara dalam setiap perbuatan dalam solat.. toma’ninah merupakan rukun dalam solat.. terlepas perkara ini, maka tidak sempurnalah solat kita.. bila tidak sempurna solat kita, maka kita juga tidak menyempurnakan rukun islam sebagai seorang muslim.. AWAS!!
Pada kebiasaan, toma’ninah terjadi apabila kita terkejar2 dalam mendirikan solat.. semuanya nak ambik dapat asalkan telah mendirikan solat pada ‘percakapan’ sbg bukti untuk menyedapkan hati dan orang lain.. kadang-kadang kerana kita nak cepat kerana takut urusan lain tak dapat dilaksanakan.. kadang-kadang tergesa-gesa kerana kita solat di akhir waktu.. dan macam2 lagi sebab yang boleh mengundang pada lalai dalam menyempurnakan ibadah solat..
Justeru, koreksi dan muhasabah diri.. Di manakah kita meletakkan keutamaan solat dalam kehidupan seharian berbanding urusan lain.. tepuk dada tanya iman.. ketuk dahi tanya hati.. untuk mengelakkan masalah ini terjadi, saya mengesyorkan kita solat di awal waktu.. solat berjemaah (terutama muslimin).. ini merupakan jalan terbaik dalam menjaga kesempurnaan solat.. -SOLAT ITU TIANG AGAMA-

Akad nikah di rumah lebih baik daripada akad nikah di masjid..

Hal ini turut dikongsikan oleh imam dalam ceramah hari ini.. pesan beliau, pasangan yang akan akad nikah, adalah lebih elok dibuat di rumah sendiri berbanding di masjid.. relevannya hal ini kerana:
-          Akad nikah di rumah membolehkan sanak saudara, keluarga, teman dan tetamu daripada kaum wanita yang sedang dalam haid boleh turut serta dalam majlis tersebut.. PERLU DIINGAT BAHAWA KAUM WANITA YANG DIDATANGI HAID HARAM MASUK KEDALAM KAWASAN MASJID.
-          Menjaga adab-adab di dalam masjid.. sebagai contoh dari aspek kebersihan dalam masjid.. kadang-kadang ada dalam kalangan yang hadir tidak mengetahui dan faham dengan baik tentang adab-adab dalam masjid.. perkara inilah yang kita perlu jaga..
-          Mengelakkan aktiviti kurang sopan dalam Rumah Allah.. ramai terlepas pandang hal ini.. ia berkaitan dengan upacara batal air wudu’ selepas ijab Kabul.. adakah kita menghormati rumah Allah jika suami mencium dahi isteri di depan khalayak ramai DALAM MASJID?? Tidak molek..
Jika majlis akad nikah dibuat di rumah, sedikit sebanyak kita boleh mencegah.. tambahan disini, pesan rasulullah: “ ..jadikan rumahmu sebagai mihrab (tempat ibadah)..” RUMAHKU SYURGAKU..

P/S: saya amat berbesar hati sekiranya para pembaca boleh menambah baik dan membaiki kesilapan entri ini. Thanks.. =)

Perasaan Halus itu...

20 June 2011

Naskhah hijau berkulit keras itu ku masukkan ke dalam beg… Berat… Inilah usaha ku sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswa… Ya Allah… Semoga dipermudahkan segala-galanya…

Stage 1: Tandatangan supervisor

“Okay, dah siap… Selepas ini perlu bijak berfikir untuk masa depan”
-          Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Sugeng kerana banyak bersabar dalam mengajar dan membimbing aku sehingga selesai menyiapkan projek tahun akhir ini… Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau… Begitu juga dengan pelajar-pelajar Master Dr. Sugeng yang juga banyak membantu… [Kak Najwa, Kak Ainul, Kak Jiha, Kak Dayah dan ramai lagi]

Stage 2: Hantar pada AJK PSM

“Awak betulkan part ni sikit lepas tu hantar pada saya..”
-          Alhamdulillah, tak banyak yang perlu dibaiki… petang itu aku hantar pada jam 3.30 ptg… SIAP!

Perasaan Halus

Perasaan halus itu,
Ia menerpa terus kedalam hatiku,
Bibir tersenyum, hilang resahku,
3 tahun, 3 tahun aku tunggu saat itu…

Perasaan halus itu,
Hari ini, segalanya telah selesai,
Semuanya telah usai,
Kesulitan yang terbelit sudah terurai…

Perasaan halus itu,
Alhamdulillah, aku bersyukur,
Dinding penghalang telah lebur,
Dan kini aku bergelar penganggur…

P/S: Kepada semua SFC member, sorry r tak dapat menikmati PERASAAN HALUS dengan korang semua… Aku lambat sikit je… Jumpa lagi di lain waktu… Ingat REUNION GENTING bersama KELUARGA TERSAYANG… Haha..

Sunday, June 19, 2011

Buat Ayahku...

Assalamualaikum ayah
Selamat Hari Bapa ayah

Terima kasih kerana menjaga kami
Terima kerana mendidik kami
Terima kasih kerana membesarkan kami
Terima kasih kerana sentiasa mendahulukan kami
Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami
Terima kasih kerana sanggup berpanas berhujan untuk mencari rezeki untuk kami
Terima kasih kerana sanggup berjaga malam ketika kami sedang sakit
Terima kasih kerana memanjakan kami
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dan melayan kerenah kami
Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami
Terima kasih kerana memberi kami kemudahan
Terima kasih kerana menyediakan tempat tinggal untuk kami
Terima kasih kerana mengajar kami solat
Terima kasih kerana sentiasa membekalkan diri kami dengan ilmu yang berguna

Terima Kasih yang tidak terhingga di atas Kasih dan Sayang yang Ayah curahkan

".... dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..."
[Surah Ibrahim, Ayat yg ke-34]

AYAHLAH DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT ITU UNTUK KAMI

-Lagu Untuk Ayah-

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...