BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Saturday, November 03, 2012

Aku semakin Berisi!


Assalamualaikum.. Wargggghhh.. Lamenye tak update blog.. Adoyai.. dah bersawang dah blog daku ini.. Lepas grad, dapat kerja.. rasenye nak dekat setahun lebih tak update.. yelah.. final year tentu arahnya bertungkus-lumus menyiapkan PSM.. Alhamdulillah siap jugak.. Then abis blajar dapat kerja.. Pejam celik dah setahun aku bekerja.. Pengalaman? Nnt cerita dalam post yg lain.. Sebab dalam post ni aku nak cerita kepentingan membeli penimbang berat! Hahaha..

Aku telah membeli penimbang berat di giant yang berharga 20 hingggit.. Dgn tujuan ingin melihat berat badanku.. Sebab org cakap badan dah berisi.. Tu yang beli tu.. sebab klu tgk dekat cermin setiap hari kita takkan perasan pembesaran tubuh badan kita.. tapi org lain sangat peka! huhu.. Kali pertama beli berat dah 75 kg.. Adoyai.. Inilah kali pertama rasa stress dengan diri sendiri.. Tapi nak wat mcm mana.. Orang macam aku ni sangat3 tak suka untuk tahan2 makan.. Kononnya nak control.. Tapi hancus.. Sebab lepas balik kampung Raya Aidiladha yang lepas.. Makan sehingga tak ingat dunia.. Ibu masak Sup Gearbox Kegemaran Ku yang teramat sangat! Aku telah mensetelkan 4 ketul bahagian Gearbox sepanjang 3 hari beraya.. Plus Minus lemang, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang bla3.. huhuhuhu.. dan selepas di timbang semula.. Beratku telah mencecah 80kg! Ya Allah, tingginya naik..

Aku rasa tertekan.. Nak diet kurang makan sangat tak bersesuaian dengan diri ni yang kuat makan.. Yelah.. Kalau time makan quote yang selalu digunakan oleh aku ialah 'saya ni apa yang x boleh makan, asalkan halal semua saya cuba'.. Nak workout, disiplin diri agak kurang.. Hari ni bersenam esok lusa belum tentu lagi.. Sebab sorang2 kan.. takde geng.. Fikir punye fikir sampailah seorang kawan ni bagi taw.. Ada satu diet yang  sangat membantu.. Diet Atkins! Eh? Atkins bukan penulis buku Chemistry tu ke.. Tak silap Buku Physical Chemistry.. Owh ada Atkins Diet lah.. Takde tahan2 makan.. Malah kena makan banyak.. Tapi kurangkan carbohydrate lebihkan protein.. Yes! Aku mampu buat.. Hehehe...  Jadi bermulalah Diet ku.. =) Thanks for reading..

Tuesday, August 23, 2011

RAMA-RAMA


Asal Ulat Jadi Kepompong
Duduk diam dalam kelongsong
Tiba masa kepompong pecah
POM!
Jadilah rama-rama yang indah
Rama-rama terbang melata
Hisap madu di pokok bunga
Rama-rama aneka warna
Tapi sayang hidup tak lama..

SATU LABAH-LABAH


Satu labah-labah
Cuba panjat perigi
Bila hujan turun 
Labah cepat lari
Terbit mata hari
Air tiada lagi
Labah cuba panjat sekali lagi

IT'S MY LIFE : EPISODE 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Sambungan dari yang lepas.. Hurm mase korang first time cabut gigi.. Apa yang korang rasa maser tu?? Sakit giler kan??Huuu.. Serius sakit.. Aku antara budak-budak yang paling takut cabut gigi.. kesannya, gigiku tidak tersusun rapi.. huhu.. dulu macam-macam cara dibuat untuk nak cabut gigi ni.. antaranya cabut guna benang.. ibu kata, klu tkut sangat cabut guna benang sebab kita tak pegang gigi tu.. so lilit gigi dengan benang pastu sentap kuat-kuat.. tapi serius aku tak berani.. haha.. malu plak rasenyer.. aku nak tarik tapi bila sakit je terus tak tarik.. haha.. last-last, bila ayah aku balik.. ayah aku pegang dagu pastu ayah tolong tarik.. weh.. mase tu punyer sakit.. macam nak mati.. aku berpaut habis kat tangan ayah aku.. tapi ayah aku tak kira terus sentap.. PAP! Tercabut sudah.. Pastu merajuk dengan ayah.. huhu.. tp tak lama pun sebab ayah bawak g Bandar.. haha.. n bila dah besar sikit aku try cabut sendiri.. Masa kali pertama berjaya mencabut gigi sendiri.. rase macam dah besar, matured dan sebagainya.. hehe.. bangga.. siap telefon atuk ngan nenek lagi.. n pengalaman paling sakit cabut gigi sebab gigi aku berlubang.. gigi geraham.. pergh.. satu malam tu aku takleh tidur.. orang cakap sakit gigi ni sama macam nak mati.. betul ker? Tapi memang sakit.. sepanjang malam aku menangis.. ayah ngan ibu memang tak dapat tidur.. macam-macam buat.. nak pegi klinik malam2 mane bukak.. so esoknya, terus pegi klinik.. mase tu plak kena enjit bius dekat dalam mulut.. masa tu kali pertama aku kena cucuk depan mata.. tangan aku kena pegang.. huhu.. mase nurse tu cucuk, rasa macam tembus je pipi ni.. haha.. penakut giler maser kecik.. lepas je kena cabut.. duduk pegang ibu jer.. taknak dah jumper doctor ngan nurse tu.. tp last-last hepi gak.. dapt berus gigi n ubat gigi.. KODOMO LION.. Jenama top maser tu..

Next, pengalaman aku masuk bilik kecemasan. Aku ingat lagi nama klinik tu. KLINIK PENAWAR. Thanks dekat Doktor yg tolong aku masa tu.. Ingat-ingat balik.. Memang sangat childish masa tu.. Aku dimasukkan dalam bilik kecemasan sebab pijak bara api.. Huhu.. Dulu kat belakang rumah aku memang tempat bakar sampah.. Kalau nak pergi rumah kawan aku Deedat, aku kena cross jalan tu.. Semuanya terjadi sebab aku tak pakai selipar.. Ibu dah ingatkan pakai selipar tapi degil.. Disebabkan abu benda-benda dah terbakar tu warna putih aku terus je lari atas dia.. Tak taw la apa aku piker masa tu.. Pengaruh kartun agaknya sebab aku memang kaki TV masa tu.. Bila dah terpijak sikit tak sakit sebab tak kena bara lagi tapi bila dah terkena bara.. Ambik! Aku berlari tapi terpijak lagi banyak.. Mujur masa tu ada jiran yang Nampak. Terus angkat aku bawak balik rumah n terus pegi klinik.. Masa kaki aku kena cuci, pedih gila.. huhuhu.. Taufik : Nampak pendiam tapi dia punya nakal memang tak tunjuk orang punyer.. Ni antara kes-kes kantoi aku sebab nakal sangat.. Tuhan nak tunjuk.. =)

TBC...

IT'S MY LIFE : EPISODE 1

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Dalam hidup ni banyak sangat pengalaman yang kita lalui.. Ada pahit  dan ada yang manis.. Hari ini, Aku nak berkongsi pengalaman hidup aku yang masih aku ingat dan aku nak ingat sampai bila-bila..

Bermula dengan pengalaman aku ketika kecil.. Aku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.. Actually lepas aku lahir, ada 2 kali ibu mengandung.. Tapi Allah sayangkan adik-adik aku.. Sorang meninggal kerana gugur dan sorang lagi umurnya sangat singkat.. Dia ada penyakit kuning yang serius waktu dilahirkan.. Masa tu aku tak tau lagi erti kehilangan orang yang tersayang.. So, ketika tu aku tak ingat aku sedih atau tak.. then lahir lah adik aku yang no-2 4 tahun selepas aku lahir.. dan diikuti adik-adik aku yang seterusnya..

Kehidupan aku macam kanak-kanak biasa.. Cuma masa kecil aku tinggal dengan nenek dan atuk.. Sebab masa tu ibu ngan ayah kerja.. sebagai cucu sulung dalam keluarga sebelah ibu, aku sangat manja.. Kemana saja atuk aku pergi aku mesti nak ikut.. So biasalah susuk dalam raga motor sejak kecil.. Ikut atuk pergi minum dekat kedai sambil tengok wrestling.. Haha.. Masa tu teman baik aku adalah TV.. Disebabkan duduk area FELDA, tak ramai sangat yang sebaya dengan aku.. So, I am alone at that time tapi still happy sebab ada family.. Tak lama aku duduk dengan atuk ngan nenek, rasanya dalam umur aku 3 tahun aku dah pun berpindah ke seremban. Dekat area Kampung Ujong Pasir.

Dekat sini, barulah aku mula berkawan. Kawan baik aku masa tu ada 3 orang. Deedat, Hamizan ngan Atiqah.. 3 laki satu perempuan.. Bila ingat-ingat balik kisah kitorang macam dalam drama TV.. Hehehe.. So kitorang sangat rapat.. Selalu keluar main.. Main perang-perang lah, masak-masak lah (ni sebab ada atiqah) n macam-macam lagi.. Tapi Atiqah pindah awal masa tu, rasanya tak sempat kitorang sekolah dekat tempat yang sama.. TADIKA KEMAS UJONG PASIR.. Tempat pertama aku mula mengenal erti belajar.. Sangat hepi maser tu.. Ingat lagi hari pertama pakai baju kemeja kotak-kotak warna merah n pakai seluar biru gelap.. Rambut belah tepi! Haha.. So, aku masuk sekolah dengan Hamizan dan Deedat.. Dekat sini aku kenal lebih ramai kawan.. Rupa-rupanya dekat-dekat dengan rumah kitorang ada ramai lagi kawan-kawan.. Masa tu ingatkan taman tempat kitorang tinggal la yang paling besar.. Rupanya ada lagi tempat lain.. Hehe..

Pengalaman dekat tadika sangat banyak. Berkenalan dengan ramai orang.. Belajar menyanyi dan macam-macam lagi.. Menari pun ada.. N ada jugak pakaian beragam.. Hehe.. Dulu aku pernah jadi ketua dalam persembahan tarian kitorang.. Tarian minang lagu dindin badindin.. Inilah saat paling kelakar bila difikir-fikir balik.. Haha.. Cikgu ingatkan aku supaya pastikan semua kawan-kawan sentiasa pandang depan dan tak lupa step masa permulaan persembahan.. So untuk memulakan step pertama, sorang kawan aku dekat barisan belakang kena kira.. Bila di mula je kira.. Aku dengan lagak seorang ketua pun melihat kiri dan kanan serta belakang untuk memastikan semua orang tak pandang tempat lain selain memandang ke depan.. Huhu.. Padahal, akulah orang yang tak pandang depan ketika tu.. Huhu.. Ibu ngan ayah tepuk dahi masa tengok persembahan kitorang.. Malu giler.. Aku jugak pernah jadi penyajak ketika Tadika.. Tajuknya ‘Guruku’.. Tapi nak jadikan cerita.. Huhu.. Masa tu gigiku rongak.. Sebab gigi susu baru je lepas tercabut.. Nak buat macam maner.. Bersajak jelah tanpa hiraukan dunia.. Hehe.. Alhamdulillah, banyak lagi pengalaman ketika di Tadika.. Kena kejar anjing, datang awal daripada cikgu (semangat sangat) dan macam-macam lagi.. N masa tu kami bertiga (aku, deedat n hamizan) dapat gelaran ‘Loyar Buruk’.. Cikgu yang bagi sebab bnyak sgt bercakap.. Haha..

TBC

Saturday, August 13, 2011

Sehelai Kertas Kumal

SURAT DARI KAMPUS
sekalipun sehelai kertas kumal
cukup membanggakan anak sekolah desa.
"terima kasih abang posmen!
surat ini daripada kawan saya,
seorang mahasiswa
 sekalipun isinya hanya berita kecil
lagi seminggu universiti akan bercuti,
di kampung surat itu harganya melanbung
apalagi bagi keluarga petani.
sehalai kertas kumal sekalipun
tiba dari sebuah universiti,
bagaikan mahu di usung keliling kampung
menyatakan terima kasih tidak terhingga.

Assalamualaikum semua.. Ingat lagi prosa tradisional ni?? Surat Dari Kampus. Komsas tingkatan satu. Hehe.. Entry kali ni, aku post sajak ni sebab dahpun mendapat surat jemputan Konvokesyen dari UTM Skudai. Alhamdulillah, tidak sia-sia usaha selama ini.. Syukur yang tak terhingga kepada Ilahi.

P/S: Nak duit? Daftar kat SINI and follow. All da Best!

Friday, August 12, 2011

Tompek jatuh laie kan di konang..

Assalamualaikum semua.. Selamat membaca..

Orang kate, tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat lahir.. Entry kali ni cuma nak tunjukkan gambar rumah asal FELDA suatu masa dahulu. Bila mana Tun Abdul Razak membawa semua rakyat melayu ke dalam program FELDA. Jasa TAR takkan dilupakan. Beliau lah yang banyak membantu asas kemajuan orang melayu FELDA. Dulu orang melayu dibawa masuk meneroka tanah-tanah kosong untuk membuahkan hasil Hidup MELAYU! Kehidupan yang saling tolong-menolong antara satu sama lain sangat indah. Kehidupan makmur dan sejahtera. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Kerja sama-sama. Susah senang dilalui bersama. Indah kehidupan begini seperti yang dianjurkan dalam Islam. (semua ni, nenek ngan atuk cerita kat aku)




Haaa... Nilah rumah FELDA dulu.. Sekarang ni susah dah nak jumper.. Rumah FELDA dah tak macam ni.. Ikut arus peredaran zaman.. Tambah-tambah pulak sekarang sawit tengah mahal.. Sebagai makluman tambahan, ramai yang tak taw orang FELDA ni memang dapat tanah free2 je ker dulu? Pergh! Senang giler kehidupan diorang.. Rilek dulu bro.. Dulu mase diorang muler2 masuk, mase tu kehidupan sangat payah.. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Diorang masuk dengan mengikat perjajnjian dengan FELDA dengan bayaran harga tanah yang beribu (taktaw berapa yang exact). Sepanjang diorang mengusahakan ladang getah dulu, FELDA dah pun mula buat potongan harga daripada hasil jualan diorang. Kiranya mereka bayar secara ansuran sehinggalah tanah tu dimiliki mereka sendiri. Makan masa yang sangat lama. Barulah mereka dapat mengecapi kehidupan yang lebih selesa.. Nak tengok rumah FELDA yang sekarang? Hehe.. Tgk kat bawah..


Ni contoh rumah FELDA Tunggal yang baru-baru ni menang anugerah FELDA terbaik. nak tengok lagi KLIK SINI

Haa.. Nilah serba sedikit sharing untuk hari ini.. 

P/S: Sape-sape nak buat duit tanpa modal leh tengok dan daftar dekat  LINK INI. Hadiah daripada saya. Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...