BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Monday, May 17, 2010

RUPA BENTUK MANUSIA WAKTU BANGKIT DARI KUBUR

Nota ini merupakan nota yang diambil daripada ibu saya semasa beliau masih belajar di sekolah agama semasa beliau masih remaja. sekadar perkongsian dan renungan dengan sahabat-sahabat. sentiasalah mengingati mati agar setiap tindakan kita itu berlandaskan agama ALLAH.

Dalam Kitab Kasyful Ghaibiyah karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani ada menceritakan beberapa rupa bentuk manusia sewaktu bangkit daripada kubur menuju padang mahsyar. Segala rupa bentuk itu bergantung kepada perbuatan mereka semasa berada di dunia.

Rupa-rupa bentuk manusia tersebut adalah seperti berikut:

1.Berupa Babi. Iaitu mereka yang mencari rezeki dengan cara yang haram seperti menerima rasuah dan sebagainya.

2.Berupa Kera. Iaitu mereka yang suka membuat fitnah kepada manusia.

3.Lidahnya terjelir panjang hingga tengkuknya. Iaitu mereka yang suka melaga-lagakan sesama manusia.

4.Berada dalam keadaan songsang dengan kepalanya ke bawah dan kakinya ke atas. Iaitu bagi mereka yang melakukan zina.

5.Tiada kaki dan tangan. Iaitu bagi mereka yang suka menyakiti jirannya.

6.Bau badannya lebih busuk daripada bangkai dengan tapak kakinya berada di atas dahi. Iaitu bagi mereka yang hidupnya mengikut hawa nafsu  dengan melakukan benda-benda yang haram seperti mencuri, merompak berjudi dan sebagainya.

7.Lidahnya terholor hingga ke atas perutnya, bibir mulutnya terholor hingga ke atas dadanya. Manakala perutnya pula terholor hingga keatas pahanya. Keluarlah juga daripadanya air kencing dan najis. Iaitu mereka yang minum arak semasa di atas dunia.

8.Berada dalam keadaan buta, tercengang dan ramai bilanga manusia yang bergantung diatas badannya. Iaitu bagi mereka yang melampaui batas dan tidak mehu mengikut hukum-hukum Allah.

9.Dalam keadaan pekak. Iauitu bagi mereka yang hidup sombong semasa berada di atas dunia.

10.Keluar nanah dari mulutnya dan mereka memanah lidah sendiri. Iaitu orang-orang alim yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mahu melaksanankannya.

11.Badannya melecur kerana terkena panas api neraka. Iaitu mereka yang suka menjadi saksi kepada perkara-perkara dusta.

12.Mereka berada dalam keadaan mabok, rebah ke kiri dan ke kanan. Iaitu mereka yang dianugerahkan Allah dengan harta yang banyak tetapi tidak mahu mengeluarkan zakat dan membelanjakannya untuk kebajikan.

13.Mukanya hitam. Iaitu bagi mereka yang memakan harta anak yatim

14.Memakai baju daripada minyak tanah. Iaitu mereka yang suka mengumpat semasa dan mencari keaiban orang lain.

15.Badannya dipenuhi dengan kudis kusta sehingga kulitnya balar. Iaitu bagi mereka yang menderhaka kepada kedua ibu dan bapa.

Oleh mereka yang beriman dan bertakwa (mengikut segala perintah Allah) sajalah yang bangkit dalam keadaan baik dengan mukanya putih berseri-seri seperti bulan purnama.

Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk menyelamatkan diri kita dari siksaan allah yang amat dahsyat di hari akhirat.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...