BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Monday, August 08, 2011

Ramadhan: Syaitan Tersenyum di Neraka

1.      Hey syaitan yang durjana, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka masih terus berlatih memakai pakaian yang tidak menutupi seluruh badan mereka yang disuruh oleh Allah. Barangkali mereka berlatih untuk bersedia menyesuaikan diri dengan kepanasan di neraka kelak.

2.      Hey syaitan yang dilaknat, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan di temani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan ramdahan ini mereka terus berlatih menyedut bara api (rokok) di waktu siang hari. Barangkali mereka sedang berlatih menyesuaikan diri menghirup udara panas di neraka kelak.

3.      Hey syaitan yang dibenci, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus bersembunyi untuk melanggar perintah Allah untuk makan di siang hari. Barangkali mereka sedang menyusun strategi untuk mencari ruang dan peluang untuk bersembunyi di hari pembalasan kelak.

4.      Hey syaitan yang dimurkai, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus meninggalkan solat tanpa hasutan dan godaan kita (syaitan). Barangkali mereka rindu pada kita dan sentiasa teringat setiap pesanan kita agar meninggalkan solat.

5.      Hey syaitan yang direjam, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus berbohong dan menipu demi kesenangan dunia. Barangkali mereka sedang berlatih untuk menyembunyikan kesilapan mereka di hadapan Allah kelak.

6.      Hey syaitan yang jahat, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus mendekati dan melakukan zina. Berpeluk-pelukan tanpa ikatan sah. Barangkali mereka ingin memuaskan nafsu sebelum mereka sedar mereka tidak dapat bersama lagi ketika penyiksaan di neraka kelak.

7.      Hey syaitan yang terhina, bukankah sepatutnya ketika ini kau sepatutnya merasa pedih, mengapa kau masih lagi tersenyum?

Aku sangat gembira, kerana masih ada manusia yang sentiasa mengingati pesanan aku walaupun aku dibelenggu ketika Ramadhan ini. Aku bangga kerana mereka lebih banyak mengingati pesanan dan saranan aku berbanding dengan suruhan Allah. Aku merasa bahagia kerana kelak nanti aku tidak lagi keseorangan di neraka. Aku pastinya, selepas aku berpenat lelah disiksa di neraka dalam bulan Ramadhan, aku juga dapat merayakan Syawal bersama-sama mereka yang terus menerus mengenang aku dalam diri mereka. Maka hilanglah rasa letih ku ini kerana pasti ada yang akan menyambut kepulangan ku nanti.


Mahukah kita terus menerus membuat syaitan tersenyum?????? Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Barakah, Bulan untuk berubah. Selamat Beramal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...