BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Sunday, June 26, 2011

Ceramah di Masjid Palong 5

21 jun 2011 : Masjid Felda Palong 5..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan menghadiri ceramah di Masjid Felda Palong 5 yang disampaikan oleh imam Masjid Palong 7… Dalam ceramah beliau, terdapat beberapa perkara yang nak dikongsikan..

Toma’ninah itu rukun solat…

Dalam mendirikan solat seharian ramai dalam kalangan kita yang terlepas pandang hal ini.. bagi kita, rukun solat itu cukup dengan perbuatan rukuk, sujud, iktidal dsb.. namun kita lupa bahawa rukun solat itu juga terdiri daripada perbuatan toma’ninah yang bererti berhenti sementara dalam setiap perbuatan dalam solat.. toma’ninah merupakan rukun dalam solat.. terlepas perkara ini, maka tidak sempurnalah solat kita.. bila tidak sempurna solat kita, maka kita juga tidak menyempurnakan rukun islam sebagai seorang muslim.. AWAS!!
Pada kebiasaan, toma’ninah terjadi apabila kita terkejar2 dalam mendirikan solat.. semuanya nak ambik dapat asalkan telah mendirikan solat pada ‘percakapan’ sbg bukti untuk menyedapkan hati dan orang lain.. kadang-kadang kerana kita nak cepat kerana takut urusan lain tak dapat dilaksanakan.. kadang-kadang tergesa-gesa kerana kita solat di akhir waktu.. dan macam2 lagi sebab yang boleh mengundang pada lalai dalam menyempurnakan ibadah solat..
Justeru, koreksi dan muhasabah diri.. Di manakah kita meletakkan keutamaan solat dalam kehidupan seharian berbanding urusan lain.. tepuk dada tanya iman.. ketuk dahi tanya hati.. untuk mengelakkan masalah ini terjadi, saya mengesyorkan kita solat di awal waktu.. solat berjemaah (terutama muslimin).. ini merupakan jalan terbaik dalam menjaga kesempurnaan solat.. -SOLAT ITU TIANG AGAMA-

Akad nikah di rumah lebih baik daripada akad nikah di masjid..

Hal ini turut dikongsikan oleh imam dalam ceramah hari ini.. pesan beliau, pasangan yang akan akad nikah, adalah lebih elok dibuat di rumah sendiri berbanding di masjid.. relevannya hal ini kerana:
-          Akad nikah di rumah membolehkan sanak saudara, keluarga, teman dan tetamu daripada kaum wanita yang sedang dalam haid boleh turut serta dalam majlis tersebut.. PERLU DIINGAT BAHAWA KAUM WANITA YANG DIDATANGI HAID HARAM MASUK KEDALAM KAWASAN MASJID.
-          Menjaga adab-adab di dalam masjid.. sebagai contoh dari aspek kebersihan dalam masjid.. kadang-kadang ada dalam kalangan yang hadir tidak mengetahui dan faham dengan baik tentang adab-adab dalam masjid.. perkara inilah yang kita perlu jaga..
-          Mengelakkan aktiviti kurang sopan dalam Rumah Allah.. ramai terlepas pandang hal ini.. ia berkaitan dengan upacara batal air wudu’ selepas ijab Kabul.. adakah kita menghormati rumah Allah jika suami mencium dahi isteri di depan khalayak ramai DALAM MASJID?? Tidak molek..
Jika majlis akad nikah dibuat di rumah, sedikit sebanyak kita boleh mencegah.. tambahan disini, pesan rasulullah: “ ..jadikan rumahmu sebagai mihrab (tempat ibadah)..” RUMAHKU SYURGAKU..

P/S: saya amat berbesar hati sekiranya para pembaca boleh menambah baik dan membaiki kesilapan entri ini. Thanks.. =)

1 comments:

qurratul qalb said...

salam. sekadar nak share pendapat hasil dari tazkirah ustaz yang pernah saya dengar, akad nikah lebih baik di surau/masjid berbanding di rumah;

1. dapat mengajak orang yang x biasa ke surau/masjid untuk datang. dgn harapan terbuka pintu hatinya untuk ke surau/masjid.

2. tentang haid, x semestinya akad perlu dijalankan dalam kawasan solat. kebanyakan surau/masjid ada dewan. boleh dijalankan di situ. jadi x ada masalah wpun tetamu yang datang dalam keadaan haid.

3. tentang mencium isteri selepas akad. itu adalah perkara halal. buat dapat pahala. mudah2an dapat memberi kesan pada keluarga yang datang.

wallahualam. sekadar perkongsian pendapat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...