BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Sunday, July 31, 2011

LOVE STORY IN HARVARD

LOVE STORY IN HARVARD

Love Story In Havard merupakan sebuah drama korea yang mengisahkan tentang kisah cinta dua penuntut Harvard University. Cerita ini sangat romantik. Jalan ceritanya juga sangat menarik. Mengisahkan tentang kepentingan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas. Konflik yang ditimbulkan dalam cerita ini berkenaan dengan kepentingan KEJUJURAN bagi seorang peguam dalam menjayakan setiap kes dengan jujur dan amanah. Sepertimana yang kita tahu, apabila sesebuah kes itu dinaikkan kedalam mahkamah, maka kes ini pasti selesai dengan dua kebarangkalian. 1. Keputusan mahkamah adalah benar dan memihak kepada pihak yang sepatutunya. 2. Keputusan mahkamah adalah salah dan menyebabkan penindasan terhadap pihak yang tidak bersalah. Tugas sebagai peguam amat berat dalam menentukan masa depan sesebuah pihak yang berkenaan. Kesilapan dan ketidakjujuran peguam dan pihak mahkamah boleh menyebabkan kemusnahan masa hadapan sesebuah pihak. 

More info at LOVE STORY IN HARVARD


P/S: AMARAN! SETIAP AKSI ROMANTIK YANG TERJADI DALAM KISAH INI HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI SAHAJA. YANG MASIH BELUM BERKAHWIN TIDAK BOLEH MELAKUKAN AKSI TERSEBUT KERANA IA HARAM DALAM AGAMA ISLAM. CUKUP SEKADAR MENAMBAH IDEA UNTUK MENIKMATI HARI BAHAGIA BERSAMA PASANGAN YANG TERCINTA DI BAWAH RAHMAT ALLAH.

BUDAYA HARI MEMANTAI

31 Julai 2011

Assalamualaikum semua yang membaca. =) Hurmmm. Hari ni Hari MEMANTAI. Tapi bila cakap ‘MEMANTAI‘ ada yang tak tahu apa itu MEMANTAI. Mungkin tak ramai yang raikan hari ini. Okay, sedikit penerangan ya di sini.

MEMANTAI merupakan satu aktiviti yang diadakan sehari sebelum Ramadhan dan sehari sebelum hari raya Aidilfitri atau Aidiladha. Mengikut cerita orang tua-tua, adat ini asalnya diadakan pada hari mantai iaitu hari melihat anak bulan bagi menentukan tarikh hari raya. MEMANTAI dikatakan berasal daripada budaya orang minangkabau. Betulke? Hurm.. Dekat sini ada percanggahan pendapat daripada masyarakat. Hehe. Sebab budaya ni diamalkan oleh pelbagai kaum. So, anggap je lah aktiviti MEMANTAI ni aktiviti masyarakat Malaysia sejak dulu.

Sewaktu MEMANTAI pada kebiasaannya akan dilakukan aktiviti penyembelihan lembu, kambing atau kerbau dan dimasak secara beramai-ramai. Aktiviti ini dilakukan secara beramai-ramai bermula daripada penyembelihan sehinnga makan. Namun sekarang, kebanyakan kelompok masyarakat hanya sekadar membeli daging untuk dimasak dalam seisi keluarga sahaja. Walaubagaimanapun, daging yang dibeli bukanlah daging kotak tetapi yang fresh yang dijual oleh peniaga-peniaga daging. Kiranya aktiviti penyembelihan hanya dilaksanakan oleh penjual daging sahaja. Hal ini disebabkan oleh kekangan masa dan tenaga yang dialami oleh masyarakat. Memasak untuk dimakan beramai-ramai cukup sekadar meraikan anak-anak atau saudara mara yang pulang ke kampong. 

Okeh. Itu sahaja penerangan berkaitan dengan aktiviti MEMANTAI. Juadah MEMANTAI hari ini ialah:
  Nasi Ayam
 Sup Tulang
Lemang
Rendang Ayam

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diampunkan oleh Allah S.W.T. dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini.

Sunday, June 26, 2011

Ceramah di Masjid Palong 5

21 jun 2011 : Masjid Felda Palong 5..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan menghadiri ceramah di Masjid Felda Palong 5 yang disampaikan oleh imam Masjid Palong 7… Dalam ceramah beliau, terdapat beberapa perkara yang nak dikongsikan..

Toma’ninah itu rukun solat…

Dalam mendirikan solat seharian ramai dalam kalangan kita yang terlepas pandang hal ini.. bagi kita, rukun solat itu cukup dengan perbuatan rukuk, sujud, iktidal dsb.. namun kita lupa bahawa rukun solat itu juga terdiri daripada perbuatan toma’ninah yang bererti berhenti sementara dalam setiap perbuatan dalam solat.. toma’ninah merupakan rukun dalam solat.. terlepas perkara ini, maka tidak sempurnalah solat kita.. bila tidak sempurna solat kita, maka kita juga tidak menyempurnakan rukun islam sebagai seorang muslim.. AWAS!!
Pada kebiasaan, toma’ninah terjadi apabila kita terkejar2 dalam mendirikan solat.. semuanya nak ambik dapat asalkan telah mendirikan solat pada ‘percakapan’ sbg bukti untuk menyedapkan hati dan orang lain.. kadang-kadang kerana kita nak cepat kerana takut urusan lain tak dapat dilaksanakan.. kadang-kadang tergesa-gesa kerana kita solat di akhir waktu.. dan macam2 lagi sebab yang boleh mengundang pada lalai dalam menyempurnakan ibadah solat..
Justeru, koreksi dan muhasabah diri.. Di manakah kita meletakkan keutamaan solat dalam kehidupan seharian berbanding urusan lain.. tepuk dada tanya iman.. ketuk dahi tanya hati.. untuk mengelakkan masalah ini terjadi, saya mengesyorkan kita solat di awal waktu.. solat berjemaah (terutama muslimin).. ini merupakan jalan terbaik dalam menjaga kesempurnaan solat.. -SOLAT ITU TIANG AGAMA-

Akad nikah di rumah lebih baik daripada akad nikah di masjid..

Hal ini turut dikongsikan oleh imam dalam ceramah hari ini.. pesan beliau, pasangan yang akan akad nikah, adalah lebih elok dibuat di rumah sendiri berbanding di masjid.. relevannya hal ini kerana:
-          Akad nikah di rumah membolehkan sanak saudara, keluarga, teman dan tetamu daripada kaum wanita yang sedang dalam haid boleh turut serta dalam majlis tersebut.. PERLU DIINGAT BAHAWA KAUM WANITA YANG DIDATANGI HAID HARAM MASUK KEDALAM KAWASAN MASJID.
-          Menjaga adab-adab di dalam masjid.. sebagai contoh dari aspek kebersihan dalam masjid.. kadang-kadang ada dalam kalangan yang hadir tidak mengetahui dan faham dengan baik tentang adab-adab dalam masjid.. perkara inilah yang kita perlu jaga..
-          Mengelakkan aktiviti kurang sopan dalam Rumah Allah.. ramai terlepas pandang hal ini.. ia berkaitan dengan upacara batal air wudu’ selepas ijab Kabul.. adakah kita menghormati rumah Allah jika suami mencium dahi isteri di depan khalayak ramai DALAM MASJID?? Tidak molek..
Jika majlis akad nikah dibuat di rumah, sedikit sebanyak kita boleh mencegah.. tambahan disini, pesan rasulullah: “ ..jadikan rumahmu sebagai mihrab (tempat ibadah)..” RUMAHKU SYURGAKU..

P/S: saya amat berbesar hati sekiranya para pembaca boleh menambah baik dan membaiki kesilapan entri ini. Thanks.. =)

Perasaan Halus itu...

20 June 2011

Naskhah hijau berkulit keras itu ku masukkan ke dalam beg… Berat… Inilah usaha ku sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswa… Ya Allah… Semoga dipermudahkan segala-galanya…

Stage 1: Tandatangan supervisor

“Okay, dah siap… Selepas ini perlu bijak berfikir untuk masa depan”
-          Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Sugeng kerana banyak bersabar dalam mengajar dan membimbing aku sehingga selesai menyiapkan projek tahun akhir ini… Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau… Begitu juga dengan pelajar-pelajar Master Dr. Sugeng yang juga banyak membantu… [Kak Najwa, Kak Ainul, Kak Jiha, Kak Dayah dan ramai lagi]

Stage 2: Hantar pada AJK PSM

“Awak betulkan part ni sikit lepas tu hantar pada saya..”
-          Alhamdulillah, tak banyak yang perlu dibaiki… petang itu aku hantar pada jam 3.30 ptg… SIAP!

Perasaan Halus

Perasaan halus itu,
Ia menerpa terus kedalam hatiku,
Bibir tersenyum, hilang resahku,
3 tahun, 3 tahun aku tunggu saat itu…

Perasaan halus itu,
Hari ini, segalanya telah selesai,
Semuanya telah usai,
Kesulitan yang terbelit sudah terurai…

Perasaan halus itu,
Alhamdulillah, aku bersyukur,
Dinding penghalang telah lebur,
Dan kini aku bergelar penganggur…

P/S: Kepada semua SFC member, sorry r tak dapat menikmati PERASAAN HALUS dengan korang semua… Aku lambat sikit je… Jumpa lagi di lain waktu… Ingat REUNION GENTING bersama KELUARGA TERSAYANG… Haha..

Sunday, June 19, 2011

Buat Ayahku...

Assalamualaikum ayah
Selamat Hari Bapa ayah

Terima kasih kerana menjaga kami
Terima kerana mendidik kami
Terima kasih kerana membesarkan kami
Terima kasih kerana sentiasa mendahulukan kami
Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami
Terima kasih kerana sanggup berpanas berhujan untuk mencari rezeki untuk kami
Terima kasih kerana sanggup berjaga malam ketika kami sedang sakit
Terima kasih kerana memanjakan kami
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dan melayan kerenah kami
Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami
Terima kasih kerana memberi kami kemudahan
Terima kasih kerana menyediakan tempat tinggal untuk kami
Terima kasih kerana mengajar kami solat
Terima kasih kerana sentiasa membekalkan diri kami dengan ilmu yang berguna

Terima Kasih yang tidak terhingga di atas Kasih dan Sayang yang Ayah curahkan

".... dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..."
[Surah Ibrahim, Ayat yg ke-34]

AYAHLAH DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT ITU UNTUK KAMI

-Lagu Untuk Ayah-

 

Monday, December 06, 2010

1432 HIJRAH : HAPPY NEW YEAR!!


 

Islam itu kan indah. gaya hidup yang sangat tenang. menyambut tahun baru pun tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. tak perlu bunga api yang meletup di sana sini. tak perlu pakaian yang baru. tak perlu beli makanan banyak-banyak. tak perlu memenatkan badan berkumpul di dataran sehinggan jam 12 pagi. tak perlu korbankan suara untuk melaungkan 'HAPPY NEW YEAR!' dan tak perlu macam-macam perkara yang mengundang dosa.

Islam itu indah dengan caranya tersndiri. malah boleh diterima pakai semua orang. Islam mengajar tahun baru dalam Islam disambut dengan membaca doa akhir tahun sesudah asar 3 kali:

DOA AKHIR TAHUN

maksudnya: 
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

kemudian disambung dengan membaca doa awal tahun selepas maghrib 3 kali:

DOA AWAL TAHUN


maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

seterusnya dalam sepanjang bulan Muharram ini juga terdapat beberapa amalan sunat yang diajar dalam Islam. antaranya ialah:

1 – 10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram

 1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram, Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.    Menziarahi rumah orang alim.

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.   Menziarahi kaum keluarga

11.   Mengerat kuku

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali


beginilah indahnya Islam. agama yang mudah dan tidak menyusahkan. jika anda orang Islam. buatlah seperti yang disuruh dalam Islam. selamat beramal.


P/S: Apapun, amalan dalam hidup perlu berterusan kerana Allah sayang pada ISTIQAMAH.

Sunday, December 05, 2010

Analogi Buluh Dulu VS Kini...

"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"







peribahasa orang lama ini banyak membawa makna dalam kehidupan. 
peribahasa in diguna pakai untuk menasihati anak-anak kecil agar menjadi orang yang baik.
peribahasa ini digunakan untuk mengingatkan orang ramai bahawa anak-anak perlu dididik dengan baik semenjak kecil.
peribahasa in membawa satu maksud yang sangat meendalam.

analogi buluh sebagai manusia ini cukup bermakna.
bayangkan rupa rebung yang putih seperti anak yang masih belum ada cacat celanya.
lembutnya mudah dilenturkan.
ke kiri dibentuk ke kiri lah ia tumbuh.
ke kanan ia dibentuk ke kananlah ia membesar.

"NAMUN REBUNG KINI SUDAH MENJADI BULUH"




permasalahan bermula di sini.
rebung sudah menjadi buluh.
miangnya berbisa.
jika masih cuba dilenturkan ia melawan.
cuba memberontak.
lalu yang bahayanya kepada kita.
jadi apakah buluh keras ini harus dibiarkan begitu sahaja?
lalu analoginya berubah.
tidak boleh lagi dilentur.
tapi harus diukir.

"UKIRLAH BULUH AGAR IA BERGUNA PADA SEMUA DENGAN CARANYA TERSENDIRI"


kini anak kecil sudah menjadi dewasa.
sifatnya jelas.
sukar diubah.
persis untuk ditegah.
lalu apa lagi cara yang sesuai?
dekati lah mereka dengan cara yang pelbagai.
ukir hati mereka mengunakan ilmu yang memberi impak.
jika kekerasan diperlukan.
keraslah digunakan.
jika kelembutan lebih berkesan.
lembutlah yang jadi pilihan.
jangan dibiarkan mereka terus menjadi buluh keras yang tidak menyumbang.
jangan biarkan mereka dikatakan menyemakkan pandangan.
tapi jadikan mereka satu aset yang berguna.
hadirnya menjadi halwa mata.

"KERANA BULUH-BULUH INI LAH YANG AKAN TERUS MENERUS MELAHIRKAN REBUNG BARU"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...