BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

JOM BUAT DUIT

GENRE

ANALOGI (2) BUDAYA (2) FAMILY (1) ISLAM (6) LAGU (3) MOVIE (5) MY DAY (6) MY LIFE (2) SHARING (14)

Monday, August 08, 2011

Ramadhan: Syaitan Tersenyum di Neraka

1.      Hey syaitan yang durjana, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka masih terus berlatih memakai pakaian yang tidak menutupi seluruh badan mereka yang disuruh oleh Allah. Barangkali mereka berlatih untuk bersedia menyesuaikan diri dengan kepanasan di neraka kelak.

2.      Hey syaitan yang dilaknat, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan di temani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan ramdahan ini mereka terus berlatih menyedut bara api (rokok) di waktu siang hari. Barangkali mereka sedang berlatih menyesuaikan diri menghirup udara panas di neraka kelak.

3.      Hey syaitan yang dibenci, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus bersembunyi untuk melanggar perintah Allah untuk makan di siang hari. Barangkali mereka sedang menyusun strategi untuk mencari ruang dan peluang untuk bersembunyi di hari pembalasan kelak.

4.      Hey syaitan yang dimurkai, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus meninggalkan solat tanpa hasutan dan godaan kita (syaitan). Barangkali mereka rindu pada kita dan sentiasa teringat setiap pesanan kita agar meninggalkan solat.

5.      Hey syaitan yang direjam, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus berbohong dan menipu demi kesenangan dunia. Barangkali mereka sedang berlatih untuk menyembunyikan kesilapan mereka di hadapan Allah kelak.

6.      Hey syaitan yang jahat, mengapa kau tersenyum?

Wahai saudara-mara ku, akan datang kita akan ditemani lebih ramai rakan-rakan yang pada bulan Ramadhan ini mereka terus menerus mendekati dan melakukan zina. Berpeluk-pelukan tanpa ikatan sah. Barangkali mereka ingin memuaskan nafsu sebelum mereka sedar mereka tidak dapat bersama lagi ketika penyiksaan di neraka kelak.

7.      Hey syaitan yang terhina, bukankah sepatutnya ketika ini kau sepatutnya merasa pedih, mengapa kau masih lagi tersenyum?

Aku sangat gembira, kerana masih ada manusia yang sentiasa mengingati pesanan aku walaupun aku dibelenggu ketika Ramadhan ini. Aku bangga kerana mereka lebih banyak mengingati pesanan dan saranan aku berbanding dengan suruhan Allah. Aku merasa bahagia kerana kelak nanti aku tidak lagi keseorangan di neraka. Aku pastinya, selepas aku berpenat lelah disiksa di neraka dalam bulan Ramadhan, aku juga dapat merayakan Syawal bersama-sama mereka yang terus menerus mengenang aku dalam diri mereka. Maka hilanglah rasa letih ku ini kerana pasti ada yang akan menyambut kepulangan ku nanti.


Mahukah kita terus menerus membuat syaitan tersenyum?????? Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Barakah, Bulan untuk berubah. Selamat Beramal.

Sunday, July 31, 2011

AKU BIN ABDULLAH

Telemovie Aku Bin Abdullah (ABA) merupakan satu lakonan semula daripada KISAH BENAR seorang muallaf. Telemovie ABA mengisahkan tentang seorang anak yang dibuang oleh ibunyadi tempat pembuangan sampah dan dibesarkan oleh orang lain. Kehidupan yang sangat susah membuatkan dia terjebak kedalam kancah maksiat yang berleluasa dalam masyarakat. Namun, hatinya yang masih ada nilai kebaikan membuatkan dia sering membantu seorang wanita tua tanpa menyedari wanita itu ibu kandungnya yang menjadi gila kerana penyesalan atas perbuatannya yang lalu. Dia mula bertaubat dan memeluk agama islam dan menjalani kehidupan dengan rahmat dan kasih Allah. Bagaimana endingnye? Hehe.. Tgklah sendiri ye.. =) Lakonan Black Raja Lawak, Norlia Ghani dan penampilan istimewa Alex Raja Lawak dan Imam Muda Nuri.


Pengajaran yang kita boleh dapat daripada telemovie ini ialah satu reality kehidupan yang mungkin dilalui oleh insane-insan mulia yang dilahirkan kemuka bumi Allah ini untuk melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah seperti manusia biasa. Namun kerana kesilapan manusia lain mereka menjadi mangsa. Jika mereka melakukan kesilapan, masyarakat menunding jari dan menghina mereka. Sedarilah bahawa mereka menjadi begitu mungkin ada kaitan dengan kita. Cuba lihat di bawah, hubungkait yang mungkin melibatkan kita dalam kesalahan mereka.

Baik@Xbaik → Ibu dan bapa anak kecil itu → Masyarakat sekeliling yang kurang cakna dengan kesilapan awal yang boleh membawa kepada dosa zina → Undang-undang yang gagal menyedarkan masyarakat → Pemimpin yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dalamkepimpinanya terhadap masyarakat.

P/S: DIMANAKAH KITA??? ADAKAH KITA HENDAK BERLEPAS TANGAN DENGAN KEJADIAN-KEJADIAN YANG MUNGKIN AKAN TERJADI? HARUS DIINGAT, KITA MUNGKIN DIHALANG KETIKA INGIN MELANGKAH KE SYURGA KERANA SIKAP LEPAS TANGAN KITA.

LOVE STORY IN HARVARD

LOVE STORY IN HARVARD

Love Story In Havard merupakan sebuah drama korea yang mengisahkan tentang kisah cinta dua penuntut Harvard University. Cerita ini sangat romantik. Jalan ceritanya juga sangat menarik. Mengisahkan tentang kepentingan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas. Konflik yang ditimbulkan dalam cerita ini berkenaan dengan kepentingan KEJUJURAN bagi seorang peguam dalam menjayakan setiap kes dengan jujur dan amanah. Sepertimana yang kita tahu, apabila sesebuah kes itu dinaikkan kedalam mahkamah, maka kes ini pasti selesai dengan dua kebarangkalian. 1. Keputusan mahkamah adalah benar dan memihak kepada pihak yang sepatutunya. 2. Keputusan mahkamah adalah salah dan menyebabkan penindasan terhadap pihak yang tidak bersalah. Tugas sebagai peguam amat berat dalam menentukan masa depan sesebuah pihak yang berkenaan. Kesilapan dan ketidakjujuran peguam dan pihak mahkamah boleh menyebabkan kemusnahan masa hadapan sesebuah pihak. 

More info at LOVE STORY IN HARVARD


P/S: AMARAN! SETIAP AKSI ROMANTIK YANG TERJADI DALAM KISAH INI HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI SAHAJA. YANG MASIH BELUM BERKAHWIN TIDAK BOLEH MELAKUKAN AKSI TERSEBUT KERANA IA HARAM DALAM AGAMA ISLAM. CUKUP SEKADAR MENAMBAH IDEA UNTUK MENIKMATI HARI BAHAGIA BERSAMA PASANGAN YANG TERCINTA DI BAWAH RAHMAT ALLAH.

BUDAYA HARI MEMANTAI

31 Julai 2011

Assalamualaikum semua yang membaca. =) Hurmmm. Hari ni Hari MEMANTAI. Tapi bila cakap ‘MEMANTAI‘ ada yang tak tahu apa itu MEMANTAI. Mungkin tak ramai yang raikan hari ini. Okay, sedikit penerangan ya di sini.

MEMANTAI merupakan satu aktiviti yang diadakan sehari sebelum Ramadhan dan sehari sebelum hari raya Aidilfitri atau Aidiladha. Mengikut cerita orang tua-tua, adat ini asalnya diadakan pada hari mantai iaitu hari melihat anak bulan bagi menentukan tarikh hari raya. MEMANTAI dikatakan berasal daripada budaya orang minangkabau. Betulke? Hurm.. Dekat sini ada percanggahan pendapat daripada masyarakat. Hehe. Sebab budaya ni diamalkan oleh pelbagai kaum. So, anggap je lah aktiviti MEMANTAI ni aktiviti masyarakat Malaysia sejak dulu.

Sewaktu MEMANTAI pada kebiasaannya akan dilakukan aktiviti penyembelihan lembu, kambing atau kerbau dan dimasak secara beramai-ramai. Aktiviti ini dilakukan secara beramai-ramai bermula daripada penyembelihan sehinnga makan. Namun sekarang, kebanyakan kelompok masyarakat hanya sekadar membeli daging untuk dimasak dalam seisi keluarga sahaja. Walaubagaimanapun, daging yang dibeli bukanlah daging kotak tetapi yang fresh yang dijual oleh peniaga-peniaga daging. Kiranya aktiviti penyembelihan hanya dilaksanakan oleh penjual daging sahaja. Hal ini disebabkan oleh kekangan masa dan tenaga yang dialami oleh masyarakat. Memasak untuk dimakan beramai-ramai cukup sekadar meraikan anak-anak atau saudara mara yang pulang ke kampong. 

Okeh. Itu sahaja penerangan berkaitan dengan aktiviti MEMANTAI. Juadah MEMANTAI hari ini ialah:
  Nasi Ayam
 Sup Tulang
Lemang
Rendang Ayam

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diampunkan oleh Allah S.W.T. dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini.

Sunday, June 26, 2011

Ceramah di Masjid Palong 5

21 jun 2011 : Masjid Felda Palong 5..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan menghadiri ceramah di Masjid Felda Palong 5 yang disampaikan oleh imam Masjid Palong 7… Dalam ceramah beliau, terdapat beberapa perkara yang nak dikongsikan..

Toma’ninah itu rukun solat…

Dalam mendirikan solat seharian ramai dalam kalangan kita yang terlepas pandang hal ini.. bagi kita, rukun solat itu cukup dengan perbuatan rukuk, sujud, iktidal dsb.. namun kita lupa bahawa rukun solat itu juga terdiri daripada perbuatan toma’ninah yang bererti berhenti sementara dalam setiap perbuatan dalam solat.. toma’ninah merupakan rukun dalam solat.. terlepas perkara ini, maka tidak sempurnalah solat kita.. bila tidak sempurna solat kita, maka kita juga tidak menyempurnakan rukun islam sebagai seorang muslim.. AWAS!!
Pada kebiasaan, toma’ninah terjadi apabila kita terkejar2 dalam mendirikan solat.. semuanya nak ambik dapat asalkan telah mendirikan solat pada ‘percakapan’ sbg bukti untuk menyedapkan hati dan orang lain.. kadang-kadang kerana kita nak cepat kerana takut urusan lain tak dapat dilaksanakan.. kadang-kadang tergesa-gesa kerana kita solat di akhir waktu.. dan macam2 lagi sebab yang boleh mengundang pada lalai dalam menyempurnakan ibadah solat..
Justeru, koreksi dan muhasabah diri.. Di manakah kita meletakkan keutamaan solat dalam kehidupan seharian berbanding urusan lain.. tepuk dada tanya iman.. ketuk dahi tanya hati.. untuk mengelakkan masalah ini terjadi, saya mengesyorkan kita solat di awal waktu.. solat berjemaah (terutama muslimin).. ini merupakan jalan terbaik dalam menjaga kesempurnaan solat.. -SOLAT ITU TIANG AGAMA-

Akad nikah di rumah lebih baik daripada akad nikah di masjid..

Hal ini turut dikongsikan oleh imam dalam ceramah hari ini.. pesan beliau, pasangan yang akan akad nikah, adalah lebih elok dibuat di rumah sendiri berbanding di masjid.. relevannya hal ini kerana:
-          Akad nikah di rumah membolehkan sanak saudara, keluarga, teman dan tetamu daripada kaum wanita yang sedang dalam haid boleh turut serta dalam majlis tersebut.. PERLU DIINGAT BAHAWA KAUM WANITA YANG DIDATANGI HAID HARAM MASUK KEDALAM KAWASAN MASJID.
-          Menjaga adab-adab di dalam masjid.. sebagai contoh dari aspek kebersihan dalam masjid.. kadang-kadang ada dalam kalangan yang hadir tidak mengetahui dan faham dengan baik tentang adab-adab dalam masjid.. perkara inilah yang kita perlu jaga..
-          Mengelakkan aktiviti kurang sopan dalam Rumah Allah.. ramai terlepas pandang hal ini.. ia berkaitan dengan upacara batal air wudu’ selepas ijab Kabul.. adakah kita menghormati rumah Allah jika suami mencium dahi isteri di depan khalayak ramai DALAM MASJID?? Tidak molek..
Jika majlis akad nikah dibuat di rumah, sedikit sebanyak kita boleh mencegah.. tambahan disini, pesan rasulullah: “ ..jadikan rumahmu sebagai mihrab (tempat ibadah)..” RUMAHKU SYURGAKU..

P/S: saya amat berbesar hati sekiranya para pembaca boleh menambah baik dan membaiki kesilapan entri ini. Thanks.. =)

Perasaan Halus itu...

20 June 2011

Naskhah hijau berkulit keras itu ku masukkan ke dalam beg… Berat… Inilah usaha ku sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswa… Ya Allah… Semoga dipermudahkan segala-galanya…

Stage 1: Tandatangan supervisor

“Okay, dah siap… Selepas ini perlu bijak berfikir untuk masa depan”
-          Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Sugeng kerana banyak bersabar dalam mengajar dan membimbing aku sehingga selesai menyiapkan projek tahun akhir ini… Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau… Begitu juga dengan pelajar-pelajar Master Dr. Sugeng yang juga banyak membantu… [Kak Najwa, Kak Ainul, Kak Jiha, Kak Dayah dan ramai lagi]

Stage 2: Hantar pada AJK PSM

“Awak betulkan part ni sikit lepas tu hantar pada saya..”
-          Alhamdulillah, tak banyak yang perlu dibaiki… petang itu aku hantar pada jam 3.30 ptg… SIAP!

Perasaan Halus

Perasaan halus itu,
Ia menerpa terus kedalam hatiku,
Bibir tersenyum, hilang resahku,
3 tahun, 3 tahun aku tunggu saat itu…

Perasaan halus itu,
Hari ini, segalanya telah selesai,
Semuanya telah usai,
Kesulitan yang terbelit sudah terurai…

Perasaan halus itu,
Alhamdulillah, aku bersyukur,
Dinding penghalang telah lebur,
Dan kini aku bergelar penganggur…

P/S: Kepada semua SFC member, sorry r tak dapat menikmati PERASAAN HALUS dengan korang semua… Aku lambat sikit je… Jumpa lagi di lain waktu… Ingat REUNION GENTING bersama KELUARGA TERSAYANG… Haha..

Sunday, June 19, 2011

Buat Ayahku...

Assalamualaikum ayah
Selamat Hari Bapa ayah

Terima kasih kerana menjaga kami
Terima kerana mendidik kami
Terima kasih kerana membesarkan kami
Terima kasih kerana sentiasa mendahulukan kami
Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami
Terima kasih kerana sanggup berpanas berhujan untuk mencari rezeki untuk kami
Terima kasih kerana sanggup berjaga malam ketika kami sedang sakit
Terima kasih kerana memanjakan kami
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dan melayan kerenah kami
Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami
Terima kasih kerana memberi kami kemudahan
Terima kasih kerana menyediakan tempat tinggal untuk kami
Terima kasih kerana mengajar kami solat
Terima kasih kerana sentiasa membekalkan diri kami dengan ilmu yang berguna

Terima Kasih yang tidak terhingga di atas Kasih dan Sayang yang Ayah curahkan

".... dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..."
[Surah Ibrahim, Ayat yg ke-34]

AYAHLAH DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT ITU UNTUK KAMI

-Lagu Untuk Ayah-

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...